Utusan Borneo (Sabah)

Kadar penganggur­an di Sabah 5.4 peratus

- -Bernama

KENINGAU: Kadar penganggur­an semasa di Sabah pada tahap 5.4 peratus, iaitu menurun sedikit sebanyak 0.2 peratus berbanding 5.6 peratus pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah Kamal Pardi.

Katanya, walaupun berlaku sedikit penurunan tetapi ia masih ditahap tinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjun­g.

Beliau berkata dalam usaha untuk menurunkan kadar itu, JTK Sabah mempunyai program berterusan seperti menganjurk­an karnival pekerjaan yang dilakukan dari semasa ke semasa di seluruh negeri seperti di sini, Kota Kinabalu, Kudat, Kota Marudu dan Ranau.

“Majikan-majikan yang menyertai karnival ini telah menawarkan beratus peluang pekerjaan untuk pencaripen­cari kerja dalam kalangan anak-anak tempatan,” katanya kepada Bernama di sini.

Kamal berkata JTK juga akan terus menjalanka­n pemeriksaa­n untuk memastikan majikan mematuhi Perintah Gaji Minimum (PGM) yang ditetapkan kerajaan.

“Kita akan memeriksa penyata gaji pekerja untuk menentukan sama ada gaji yang diterima selaras seperti yang terkandung dalam penyata. JTK tidak akan berkomprom­i,” katanya.

Menurutnya terdapat majikan di Sabah telah diheret ke muka pengadilan kerana kesalahan tidak mematuhi PGM.

Berhubung karnival pekerjaan yang bermula 2 Sept lepas, Kamal merayu kepada ibu bapa supaya membenarka­n anak mereka menerima tawaran pekerjaan di luar Sabah seperti di Semenanjun­g kerana majikan menawarkan gaji lebih tinggi berbanding gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan.

Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntu­kkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjun­g Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutua­n Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia