Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kedatangan pelancong

Syarikat penerbanga­n digalak buat perjalanan terus ke Sabah

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Syarikatsy­arikat penerbanga­n digalak untuk membawa pelancong menerusi perjalanan terus ke Sabah.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohammadin Ketapi berkata langkah itu bukan sahaja akan memajukan industri pelanconga­n negeri malah akan memberi impak kepada peningkata­n kedatangan pelancong.

“Kita menggalakk­an penerbanga­n terus masuk ke Sabah. Sekarang kita berunding dengan (syarikat) penerbanga­n yang lain masuk terus ke negeri ini dan kalau ada ke pantai timur Sabah kerana kita berasa aman damai dan kita akan buat promosi.

“Perjalanan sedemikian telah dilakukan AirAsia baru-baru ini yang telah membuat laluan penerbanga­n baharu dari Bangkok ke Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Silam berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutupan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Daerah Lahad Datu, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohammadin berkata perkembang­an daya tarikan pelanconga­n ke pantai timur Sabah berkembang dengan amat baik kerana Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melaksanak­an tugasan keselamata­n dengan baik.

“Sehingga kini, kita tidak

ANTARA aset Esscom yang turut menjayakan sambutan itu.

mendengar masalah atau insidenyan­gtidakbaik­berlaku kerana kejadian sebegini akan memberi gambaran negatif kepada industri,” katanya.

Selari dengan adanya usaha penerbanga­n terus dan kesiapsiag­aan Esscom dalam tugasa keselamata­n, beliau optimis pada perancanga­n masa akan datang menggerakk­an kempen Tahun Melawat Malaysia.

Beliau meminta agar rakyat turut mendukung usaha itu terutama dengan amalan menjaga kebersihan.

“Bukan sahaja di daerah Lahad Datu, seluruh Malaysia perlu bekerjasam­a erat dalam mewujudkan suasana bersih, sihat agar Tahun Melawat Malaysia berjaya,” katanya.

Ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan PeringkatD­aerahLahad­Datu, Mohammadin berkata rakyat menterjema­hkan kecintaan pada negara dengan memberi kerjasama sepenuhnya ke atas usaha kerajaan baharu merubah landskap daerah ini.

“Saya akan berusaha sebanyak mungkin untuk merealisas­ikan usaha menjadikan Silam sebagai pusat pelanconga­n.

“Kitaakanma­jukankawas­an ini supaya manfaatnya akan dapat dinikmati semua rakyat,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar merangkap Adun Lahad Datu Dumi Pg Masdal, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Tungku Assaffal P Alian, Komander Esscom DCP Datuk Hazani Ghazali dan Pegawai Daerah Iman Ali.

 ??  ?? MOHAMMADIN (dua kanan), Hazani (kanan), Dumi dan Assaffal antara pemimpin yang hadir sempena Sambutan Hari Kebangsaan Daerah Lahad Datu.
MOHAMMADIN (dua kanan), Hazani (kanan), Dumi dan Assaffal antara pemimpin yang hadir sempena Sambutan Hari Kebangsaan Daerah Lahad Datu.
 ??  ?? ACARA peserta pertanding­an perbarisan yang diadakan.
ACARA peserta pertanding­an perbarisan yang diadakan.
 ??  ?? UPACARA menaikkan bendera dan nyanyian lagu Negaraku serta Sabah Tanah Airku.
UPACARA menaikkan bendera dan nyanyian lagu Negaraku serta Sabah Tanah Airku.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia