Utusan Borneo (Sabah)

Politeknik kekal relevan terajui TVET

-

SANDAKAN: Penggabung­an Jabatan Pendidikan Politeknik dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti pada Mac lepas diharap dapat memastikan institusi itu kekal relevan dan menjadi peneraju institusi Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET).

Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n) Jabatan Pendidikan­Politeknik­danKolej Komuniti Dr Mohammad Naim Yaakub berkata penggabung­an itu melibatkan 36 politeknik dan 94 kolej komuniti di seluruh negara.

Katanya pemerkasaa­n TVET bagi pembelajar­an di politeknik adalah usaha untuk melahirkan graduan berkemahir­an yang berkualiti sejajar dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

“Ketika ini sistem tersebut berupaya menyediaka­n modal dan tenaga kerja yang dihasilkan menerusi graduan pada peringkat sijil dan diploma yang ditawarkan di politeknik,” katanya ketika merasmikan sambutan Sedekad dan Hari Kerjaya Politeknik Sandakan, di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Sandakan Tajul Ariffin Mohamed Arif.

Mohammad Naim berkata menerusi penggabung­an itu, seluruh tenaga kerja terlibat perlu memastikan graduan yang dihasilkan berkualiti menerusi penyediaan institusi pendidikan yang kondusif.

“Kita juga akan memberi fokus dalam memperkaya bakat pelajar, di samping terus berusaha untuk memantapka­n lagi perkongsia­n ilmu daripada pihak industri dan komuniti kepada pelajar,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia