Utusan Borneo (Sabah)

Kaji semula agihan rumah PPRT

Pastikan rakyat benar-benar memerlukan dapat manfaat

- Melawat rumah peserta yang disediakan di Mesej Kaingaran.

TAMBUNAN:Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah akan mengkaji semula pengagihan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di setiap daerah di negeri ini.

Menterinya Ewon Benedick berkata, ia penting agar rakyat yang benar-benar memerlukan kemudahan itu khususnya di kawasan luar bandar mendapat manfaat daripada bantuan itu.

Oleh itu, beliau mencadangk­an agar satu kajian menyeluruh dilakukan mengenai pengagihan rumah PPRT bagi memastikan ada keseimbang­an dari segi pengagihan untuk rakyat yang tersenarai dalam e-Kasih.

“Saya berpendapa­t bahawa, dalam membuat pengagihan rumah PPRT, kita perlu mengambil kira daerah mana yang tidak mempunyai program perumahan yang lain seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan lain-lain program perumahan yang terdapat di sesebuah daerah itu, khususnya daerah yang berhampira­n kawasan bandar seperti Kota Kinabalu.

“Dari segi pengagihan bantuan rumah seperti ini, saya melihat ada daerah yang lebih memerlukan rumah PPRT seperti Tambunan dan daerah lain yang tiada rumah PPR supaya lebih banyak peserta e-Kasih dapat diberikan kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Mini Estet Sejahtera (Mesej) Kaingaran, di sini pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sualim Sanan, Pegawai Daerah Tambunan Thomas Logijin, Pegawai Wilayah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Alexius Madiun dan Penasihat Upko Keningau Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu.

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, cadangan keperluan mengkaji semula pengagihan PPRT itu telahpun dimaklumka­n kepada Menteri KPLB Pusat Rina Harun dan Bahagian Kesejahter­aan Rakyat KPLB Pusat.

“Kita akan adakan beberapa siri perbincang­an mengenai perkara ini.

Kinabalu. ” EWON BENEDICK

Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah

“Saya berpendapa­t bahawa, dalam membuat pengagihan rumah PPRT, kita perlu mengambil kira daerah mana yang tidak mempunyai program perumahan yang lain seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan lain-lain program perumahan yang terdapat di sesebuah daerah itu, khususnya daerah yang berhampira­n kawasan bandar seperti Kota

Kita harus membuat pengagihan secara lebih adil mengikut keperluan rakyat yang benar-benar memerlukan­nya di daerah kawasan luar bandar dan daerah berdekatan bandar.

“Keperluan di daerah luar bandar dan daerah yang berdekatan dengan bandar adalah dua situasi yang berbeza, oleh itu kita harus mengambil pendekatan yang lebih saksama agar objektif program ini mencapai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun hadapan, kementeria­nnya akan memberi tumpuan kepada penyediaan rumah bina baharu di bawah PPRT.

Katanya, pendekatan itu diambil bagi mengurangk­an program baik pulih rumah memandangk­an aspirasi rakyat yang sebenar ialah memerlukan rumah bina baharu.

“Ada juga keperluan untuk baik pulih rumah tetapi saya berpandang­an adalah lebih baik kita perbanyakk­an program bina rumah baharu. Inilah pandangan saya, pandangan rasmi KPLB Sabah bahawa rumah bina baharu itu lebih utama,” katanya.

Ewon berkata, KPLB bercadang untuk membina 3,000 unit rumah baharu PPRT di seluruh Sabah tahun depan.

“Kita telahpun mengemukak­an permohonan ini kepada KPLB Pusat tetapi kami dimaklumka­n bahawa semuanya tertakluk kepada Belanjawan 2019 kerajaan Persekutua­n yang kini sedang dirangka dan akan dibentangk­an di Parlimen,” katanya.

 ??  ?? EWON
EWON
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia