Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki didakwa beri pinjam wang tanpa lesen

-

KOTA KINABALU: Tiga lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan menjalanka­n perniagaan memberi pinjam wang tanpa lesen sah.

Bagaimanap­un, Tan Hang Kiung, 56, Alikanca Zaman, 44, dan Tie Kiong Tuing, 56, mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Afiq Agoes.

Mengikut pertuduhan, Tan didakwa menjalanka­n perniagaan memberi pinjaman wang kepada pengadu Teoh Peng Lai, 43, pada 22 Ogos jam 8.45 pagi di salah sebuah restoran di Penampang, dekat sini.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang boleh dikenakan denda tidak kurang 250,000 tapi tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Sementara itu, Alikanca dan Tie pula didakwa terlibat membantu kegiatan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen, yang mana mereka menyimpan cek peminjam bagi kutipan perniagaan berkenaan di tempat, tarikh serta masa yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka yang didakwa mengikut Seksyen 29 AA (1) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah seterusnya menetapkan 16 Oktober bagi tarikh sebutan semula pengurusan kes berkaitan Tan, manakala Alikanca dan Tie pula masing-masing pada 25 dan 20 September ini.

Ketiga-tiga tertuduh dibenarkan ikat jamin RM2,500 yang dicagarkan dua penjamin tempatan sementara menunggu kes selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia