Utusan Borneo (Sabah)

Tawar diskaun sehingga 60%

Untuk semua produk Fella Design sempena Hari Jualan Malaysia

- Oleh JOHN TAMBANAN (dua dari kiri) bersama dengan kakitangan Fella Design.

PENAMPANG: Fella Design di ITCC Mall di sini akan menawarkan diskaun sehingga 60 peratus untuk semua produknya sempena Hari Jualan Malaysia.

Pengurus Cawangan Hilary Gabriel Majanggon berkata tawaran itu bermula pada 1 shingga 30 September 2018.

“Tawaran ini termasuk set sofa penjuru yang terkini dan juga pelbagai set meja makan. Sofa kami boleh disesuaika­n.

“Anda boleh menukar fabrik mengikut pilihan anda. Katakan anda suka pada warna tetapi anda tidak suka kain, anda boleh menukar dan memilih dari senarai fabrik kami,” katanya di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pengubahsu­aian biasanya hanya mengambil masa dua bulan,termasukpe­nghantaran perkapalan kerana kilang mereka terletak di Shah Alam.

Katanya, Fella Design juga menawarkan kain untuk langsir.

Di samping itu, Fella Design menyediaka­n meja makan, sofa, kabinet dan set katil yang diimport dari China dan Vietnam.

“Fella Design bukan hanya menawarkan produk tetapi kami juga memberi idea kepada pelanggan tentang bagaimana merekabent­uk ruang rumah mereka,” katanya sambil menambah, kebanyakan produk mereka dibuat secara tempatan.

Hilary berkata kain fabrik Fella Design diimport dari China, India, Belgium dan Jerman.

HILARY

Menurutnya Fella Design baru sahaja berpindah ke ITCC Mall dari Karamunsin­g pada 14 Julai.

“Fella Design telah menjalanka­n perniagaan di Sabah selama lebih daripada 22 tahun dan merancang mengembang­kan rantaianny­a ke pantai timur pada masa akan datang.

“Fella Design ITCC Mall Penampang juga kini mempunyai jualan pembukaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HILARY menunjukka­n salah satu fabrik untuk pilihan pelanggan.
HILARY menunjukka­n salah satu fabrik untuk pilihan pelanggan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN perabot yang dijual di Fella Design.
SEBAHAGIAN perabot yang dijual di Fella Design.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia