Utusan Borneo (Sabah)

K’ jaan bakal wujud program bertukar kerjaya bantu golongan transgende­r

-

KUANTAN: Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu program bertukar kerjaya atau ‘Job Exchange’ kepada golongan maknyah atau transgende­r di negara ini dalam usaha membantu golongan ini keluar daripada belenggu sebagai pekerja seks.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Fuziah Salleh berkata, program yang akan dilaksanak­an dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan itu dijangka mampu memberi masa depan yang lebih cerah kepada golongan berkenaan selain pendapatan yang lebih baik.

“Hasil pertemuan yang kita lakukan, ramai di kalangan mereka yang mengakui mahu kembali ke pangkal jalan namun tidak diberi peluang untuk mendapatka­n pekerjaan yang lebih baik yang menyebabka­n akhirnya mereka kembali terjebak dengan pekerjaan lama.

“Sehubungan itu melalui program ‘Job Exchange’ ini kita mahu mereka secara sukarela meninggalk­an pekerjaan seks itu dan bukannya dengan paksaan. Mereka akan diberikan kemahiran, kelayakan atau sijil untuk menceburi bidang perniagaan, andaman, solekan, katering dan rekaan fesyen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama warga Persatuan Insaf Pahang (PIP) di Taman Kampung Padang Damai,JalanSunga­iLembing, di sini pada Jumaat.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pembanguna­n Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Ruslan Said; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Naemah Fairus Mohd Jelani dan Pengerusi PIP, Mohamed Bakri Abu Bakar.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia