Utusan Borneo (Sabah)

Kelab Berbasikal Masjid Sipitang jayakan Kayuhan Hari Merdeka Labuan

-

LABUAN: Seramai 30 ahli Kelab Berbasikal Masjid Haji Awang Hashim, Pekan Sipitang telah menjayakan Kayuhan Hari Merdeka Labuan 2018, di sini.

Timbalan Pengerusi Masjid Imam Haji Awang Hashim Pekan Sipitang Abdullah Haji Awang Adi berkata penyertaan jemaah masjid itu dapat merapatkan silaturrah­im dengan peserta dari dalam dan luar negara.

Beliau berharap menerusi pembabitan ahli kelab itu akan menarik lebih ramai umat Islam di Pekan Sipitang hadir mengimarah­kan pelbagai program yang dianjurkan.

“Ahli Kelab Berbasikal akan meneruskan program seperti ini untuk menarik lebih ramai golongan muda bersama-sama mengimarah­kan Masjid Imam Haji Awang Hashim Pekan Sipitang.

“Kami juga berharap menerusi program seperti berbasikal ini akan melahirkan jemaah yang sihat, cergas dan cerdas,” katanya.

Kayuhan sejauh 30 kilometer itu diadakan sempena Hari Kemerdekaa­n Ke-61 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan yang dianjurkan oleh Kelab Berbasikal Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pengerusi penganjur Jamil Haji Kario yang mewakili JHK Events berkata program Kayuhan Hari Merdeka 2018 dianjurkan JHK Events bersama Jabatan Belia dan Sukan Labuan dan Grand Dorsett Labuan Hotel.

Kayuhan yang bermula di Jalan Merdeka, Dataran Labuan itu dilancarka­n oleh Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Bazlina Bakri.

 ??  ?? ABDULLAH (empat kiri) bersama ahli Kelab Berbasikal Masjid Haji Awang Hashim selepas menyertai program itu.
ABDULLAH (empat kiri) bersama ahli Kelab Berbasikal Masjid Haji Awang Hashim selepas menyertai program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia