Utusan Borneo (Sabah)

SPR lakukan persiapan akhir pastikan PRK Balakong lancar

-

BANGI: Persiapan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong hari ini berjalan lancar dengan beberapa proses pemeriksaa­n akhir dilakukan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) pada Khamis.

Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata antara yang dilakukan adalah penyemakan peralatan seperti peti undi, kertas undi dan borang berkaitan di Dewan Utama Demense, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, di sini, sebelum dibawa ke pusat-pusat mengundi.

“Hari ini (Khamis) kita semak semua peralatan yang kita akan bekalkan supaya tidak ada satu pun yang tertinggal. Jadi mereka yang bertugas esok boleh melaksanak­an tugas dengan lancar tanpa sebarang gangguan seperti barang tidak cukup dan sebagainya.

“Selepas ini para petugas akan pergi ke pusat-pusat mengundi masing-masing bagi melihat persiapan di pusat mengundi yang mana mereka akan menyusun atur setiap saluran mengikut panduan yang kita beri kepada setiap ketua tempat mengundi,” katanya kepada pemberitas­elepasmeni­njaupersia­pan terakhir bagi PRK Balakong di Dewan Utama Demense, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata seramai 1,001 pegawai dan petugas termasuk anggota polis akan bertugas bagi memastikan kelancaran pilihan raya kecil itu yang melibatkan 16 pusat mengundi dan 128 saluran bagi 62,188 pemilih biasa DUN itu.

Mohamed Elias menasihatk­an para pengundi supaya menyemak pusat mengundi masing-masing dengan lebih awal bagi memudahkan proses pengundian dan keluar menunaikan tanggungja­wab mereka.

“SPR telah mengambil banyak tindakan untuk membuat hebahan dengan seluas-luasnya melalui media massa, media cetak dan media sosial untuk menyeru pengundi-pengundi keluar menjalanka­n tanggungja­wab demokrasi mereka,” katanya.

SPR menetapkan sasaran 70 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi berkata seramai 612 pegawai dan anggota polis akan bertugas hari ini.

Jumlah itu termasuk 246 pegawai dan anggota yang akan ditempatka­n di seluruh pusat mengundi, serta lapan pasukan Unit Tindakan Ringan bagi memastikan kelancaran PRK itu.

PRKBalakon­g,yangmenyak­sikan calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki berhadapan calon MCA Tan Chee Teong, diadakan berikutan kematian penyandang­nya Eddie Ng Tien Chie dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas.- Bernama

 ??  ?? PARA petugas pilihan raya meneliti peti dan peralatan mengundi pada tinjauan proses Semakan Isi Peti Undi dan Serahan Peralatan Kepada Petugas Pilihan Raya di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat pada Khamis menjelang tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong hari ini.
PARA petugas pilihan raya meneliti peti dan peralatan mengundi pada tinjauan proses Semakan Isi Peti Undi dan Serahan Peralatan Kepada Petugas Pilihan Raya di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat pada Khamis menjelang tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia