Utusan Borneo (Sabah)

Tembakan di bank Cincinnati ragut empat nyawa

Penyerang bersenjata antara yang terbunuh, dipercayai ada sedikit isu penyakit mental: Polis

-

CHICAGO: Seorang penyerang bersenjata melepaskan tembakan di dalam sebuah bangunan bank di bandar Cincinnati di Amerika Syarikat (AS) kelmarin, mengorbank­an tiga orang dan menyebabka­n orang ramai yang ketakutan bergegas mencaritem­patbersem-bunyi, sebelum polis menembak dan membunuh dia.

Tembakan senjata kedengaran hanya selepas jam 9 pagi waktu tempatan di ibu pejabat Fifth Third Bank, sebuah institusi kewangan wilayah di bandar ketiga terbesar di Ohio.

Lima orang ditembak, beberapa kali, dan seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara dua lagi meninggal dunia akibat kecederaan mereka di hospital.

Polis telah mengenal pasti penyerang, terlibat dalam kejadian tembak-menembak dengan polis, sebagai Omar Perez berusia 29 tahun. Dia tidak segera dinyatakan sebagai mempunyai sebarang hubungan dengan bank itu, menurut detektif.

“Mungkin terdapat satu kebarangka­lian bahawa terdapat sedikit isu penyakit mental yang terlibat di sini,” ketua polis Cincinnati Eliot Isaac memberitah­u pada sidang akhbar, memaklumka­n bahawa siasatan masih berada pada peringkat awal.

Polis mempercaya­i Perez telah bersenjata­kan kirakira 200 peluru dan sepucuk pistol semi-automatik 9mm

POLIS berkawal selepas kejadian tembakan di Fifth Third Bank di Cincinnati, Ohio kelmarin. — Gambar Mark Lyons/AFP

yang dibeli secara sah ketika dia memasuki lobi bangunan 30 tingkat tersebut, menurut Isaac.

Beberapa anggota polis tiba dalam masa beberapa minit selepas panggilan kecemasan pertama dan empat daripada mereka telah menembak suspek, membunuh dia di tempat kejadian.

Bangunan yang disasarkan oleh penyerang bersenjata dikatakan sebagai memiliki tahap keselamata­n yang ketat, dan ia adalah tidak jelas bagaimana dia berjaya masuk ke dalamnya.

“Menurut Fifth Third Bank, penembak bukannya seorang pekerja di Fifth Third,” seorang jurucakap polis Tiffaney Hardy memberitah­u AFP melalui e-mel.

Polis yang segera memberikan respons telah dipuji kerana menghalang pembunuhan beramai-ramai.

“Ini adalah jelas satu tindakan bagi keganasan kejam terhadap orang yang tidak bersalah dan ia seharusnya menakutkan semua kita,” kata Datuk Bandar Cincinnati John Cranley.

“Ia kerap berlaku di seluruh negara ini dan kami, sebagai sebuah negara, perlu mencari jalan untuk menghentik­annya.”

Beberapa saksi memberitah­u media tempatan mereka telah mendengar sebanyak 20 das tembakan.

Seorang pekerja pembinaan yang tidak menyatakan namanya memberitah­u televisye WLWT bahawa dia melihat dua mangsa yang diusung keluar selepas kejadian, termasuk seorang wanita dengan bajunya penuh kesan darah.

“Saya hanya melihat orang ramai bertempiar­an keluar dari bangunan tersebut,” menurut saksi.

Beberapa pekerja bank telah berada di situ selama sejam atau lebih ketika pihak berkuasa memeriksa bangunan dan menutup beberapa blok kawasan bandar.

“Terdapat satu tindakan keganasan senjata yang tidak berperasaa­n di jalan raya Cincinnati pada pagi ini,” Gabenor Ohio John Kasich menyatakan dalam Twitter.

“Saya memuji pihak penguatkua­saan udang-undang, bomba dan kakitangan (perubatan kecemasan) yag memberikan respons dengan pantas ke tempat kejadian serta berkongsik­an rasa simpati saya yang sangat dalam dengan mangsa serangan kejam ini yang tidak bersalah.”

Ia adalah yang terbaharu dalam lebih 200 kejadian tembakan beramai-ramai di AS pada tahun ini sahaja, dengan insiden sebelum ini sering membawa kepada kebanyakan permohonan sia-sia bagi perubahan untuk kawalan senjata.

Pada Jun, seorang penyerang membunuh lima orang dan mencederak­an dua lagi di pejabat akhbar The Capital Gazette di Annapolis, Maryland.

“Ia semua adalah terlalu jelas bahawa kita harus melakukan sesuatu di Ohio bagi berdepan dengan keganasan senjata yang menjejaska­n komuniti di seluruh negara,” menurut satu ke-nyataan daripada pergerakan ‘Moms Demand Action for Gun Sense’ di Ohio. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia