Utusan Borneo (Sabah)

Calon pilihan raya presiden Brazil cedera ditikam

- ORANG ramai menangkap lelaki yang disyaki menikam Bolsonaro ketika beliau berkempen di Juiz de Fora, negeri Minas Gerais, Brazil kelmarin. — Gambar Felipe Couri/Reuters

RIO DE JANEIRO: Calon utama bagi pilihan raya presiden bagi sayap kanan di Brazil, Jair Bolsonaro mengalami kecederaan serius kelmarin selepas beliau diserang de-ngan pisau semasa berkempen di bahagian tenggara negara, kata anak lelakinya.

Flavio Bolsonaro – yang pada mulanya berkata kecederaan bapanya hanya pada luaran – kemudian menyatakan dalam Twitter bahawa bapanya yang berusia 63 tahun telah mengalami beberapa kecederaan di bahagian hati, paru-paru dan usus serta “kehilangan banyak darah”.

“Sangat menyedihka­n ia adalah lebih serius daripada apa yang kita bayangkan,” kata beliau, ketika bapanya menjalani pembedahan kecemasan di sebuah hospital berhampira­n di Juiz de Fora, sebuah pekan mempunyai seramai 700,000 penduduk di negeri Minas Gerais.

Hospital itu sendiri, dipetik oleh laman sesawang G1, berkata Bolsonaro menderita akibat penebukan usus, dan menyatakan keadaannya sebagai “stabil”.

Beberapa keping gambar yang dikongsika­n dalam media sosial dan televisyen Brazil menunjukka­n Bolsonaro telah diangkat di atas bahu sekumpulan penyokong, sebelum seorang lelaki menikam perutnya.

Seorang jurucakap polis tentera memberitah­u AFP

GAMBAR video menunjukka­n Bolsonaro dalam keadaan kesakitan selepas ditikam di perut semasa berkempen di Juiz de Fora, negeri Minas Gerais, Brazil kelmarin. — Gambar STR/AFP

bahawa seorang lelaki berusia 40 tahun telah ditangkap berhubung dengan serangan itu.

Suspek telah membawa pisau yang dibungkus di dalam kain, kata jurucakap itu.

Rakaman media sosial menunjukka­n penyerang berkenaan ditahan oleh beberapa penyokong Bolsonaro sebelum video tersebut dihentikan.

Imej lain menunjukka­n calon presiden – seorang bekas kapten tentera – dibawa ke tempat yang selamat dan anak Bolsonaro pada mulanya menyatakan bapanya “tidak apa-apa”.

Dengan bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva yang dipenjarak­an tidak bertanding pada pilihan raya 7 Oktober, pungutan suara terbaharu Ibope Institute meletakkan Bolsonaro sebagai mendahului dengan 22 peratus berbanding dengan 12 peratus untuk setiap seorang antara pencinta alam sekitar Marina Silva dan calon haluan tengah Ciro Gomes.

Salah satu janji kempennya adalah untuk membenarka­n dari segi perundanga­n untuk membawa senjata dalam langkah bagi menangani jenayah kejam yang meningkat. Selain lama berkhidmat sebagai anggota Kongres, beliau berjaya menunjukka­n dirinya sebagai orang luar, tidak terlibat dengan skandal rasuah yang membelengg­u kebanyakan golongan elit politik.

Mungkin mesej yang lebih ketara adalah desakan Bolsonaro bagi satu tindakan yang lebih tegas terhadap jenayah – di sebuah negara di mana polis sering terlibat dalam perang peringkat bawah menentang kumpulan samseng.

Kira-kira 64,000 orang terkorban akibat homisid setiap tahun.

Kadangkala dikatakan sebagai Donald Trump di Brazil, Bolsonaro mempunyai pengikut media sosial yang besar seramai 8.5 juta orang.

Satu-satunya ahli politik Brazil yang sekarang lebih popular adalah bekas presiden haluan kiri Luiz Inacio Lula da Silva – yang berada di dalam penjara atas kesalahan rasuah dan telah diharamkan dari bertanding pada pilihan raya Oktober ini. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia