Utusan Borneo (Sabah)

Untuk dijual: Pub di daerah pedalaman terpencil Australia

-

BIRDSVILLE: Salah sebuah pub paling terkenal di Australia, yang terletak dalam daerah pedalaman terpencil di negara itu beribu batu dari bandar besar, telah ditawarkan untuk dijual di pasaran buat pertama kali sejak sekian lama dan menarik minat tempatan dan antarabang­sa.

Birdsville Hotel yang berusia 134 tahun merupakan satu-satunya tempat minum bagi bandar Birdsville – populasi: 140 orang – dan minum di sana telah menjadi sesuatu yang mesti dibuat oleh pelancong yang melakukan perjalanan ke bandar itu untuk perlumbaan kuda tahunan yang berusia berabad-abad serta festival muziknya yang berkembang maju.

Pemilik David Brook – keluargany­a sudah tinggal di Birdsville sejak hujung zaman 1880-an – berkata ejen hartanah memberitah­unya terdapat “minat dari jauh” daripada orang yang mahu melabur atau mengurus pub berkenaan, yang terletak lebih 600 kilometer dari bandar besar terdekat.

Bagi Brook, yang membeli pub itu pada 1979, dan neneknya memiliki hotel itu di antara 1920-46, kepencilan pub itu merupakan perkara tarikan utamanya.

“Apabila kita menjelaska­n kepada mereka anda dapat melihat perlumbaan dan menerima 6,000 orang selain melihat festival muzik dan menerima 9,000 orang pada hujung minggu di sebuah bandar di mana satu sahaja pub yang ada, kita dapat faham bahawa ia bukan urusan yang buruk,” katanya.

Pub itu, dengan dinding batu pasir, topi koboi berdebu yang digantung dari siling serta muzik country yang kedengaran menerusi alat pembesar suara, dipasarkan sebagai “ikon Aussie yang tulen” di mana “semua orang mahu menyatakan mereka telah minum bir”.

Pub itu mempunyai 27 bilik tetamu, dan termasuk perniagaan bekalan bahan bakar penerbanga­n dengan helikopter dan pesawat kecil yang membawa pelancong yang berlepas dan mendarat di seberang jalan.

Sementara pub lain di sekitar Australia sudah dimodenkan dan menambah mesin judi untuk merangsang pendapatan, Brook mengekalka­n hiasan yang sederhana dan memberi tumpuan kepada makanan dan perkhidmat­an yang baik.

Birdsville telah dirangsang oleh Big Red Bash, sebuah festival muzik selama tiga hari di Gurun Simpson yang diadakan setiap tahun sejak 2013 dan dikenali sebagai “konsert paling terpencil di atas planet ini”.

“Saya harap ia dapat dikekalkan sebagai sekadar perniagaan sederhana yang baik,” kata Brook.

“Pelabur yang bersedia untuk membelanja­kan wang dan memastikan ia menyediaka­n perkhidmat­an yang baik, kadang-kadang tanpa mengira keuntungan sedikit.

“Anda boleh memiliki sebuah pub yang besar dan bersinar di bandar raya yang mengaut keuntungan tinggi, atau anda boleh memiliki sesuatu yang istimewa di sini dan anda bangga miliki.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia