Utusan Borneo (Sabah)

AS bertindak untuk mansuh had tempoh tahan kanak-kanak pendatang haram

-

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bertindak untuk menaikkan had bagi berapa lama ia boleh menahan kanak-kanak pendatang haram, satu tindakan yang dapat melihat ratusan kanak-kanak dipisahkan daripada ibu bapa atau saudara mara mereka selama beberapa bulan.

Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri telah memfailkan satu cadangan di Pendaftar Persekutua­n kelmarin menyatakan bahawa ia akan menamatkan kepatuhann­ya kepada Flores Settlement, satu perjanjian pada 1997 dengan sebuah mahkamah persekutua­n agar tidak menahan kanak-kanak yang dipisahkan daripada ibu bapa mereka selama lebih 20 hari

Itu akan memberikan kerajaan kemampuan untuk terus menahan lebih 400 kanakkanak yang telah dipisahkan daripada ibu bapa mereka selepas merentasi sempadan Mexico secara haram

Sebagai tambahan, ia mungkin meneruskan pada masa depan bagi memisahkan beberapa keluarga yang ditahan selepas memasuki AS tanpa dokumen imigresen yang sah.

Flores Settlement telah bersetuju untuk menghalang layanan buruk terhadap kanak-kanak yang ditahan oleh kerajaan dalam fasiliti tahanan.

Pentadbira­n Trump, yang telah memperting­katkan perjuangan menentang pendatang haram, menyatakan ia perlu untuk memisahkan mereka ketika ibu bapa mereka berdepan tuduhan jenayah kerana memasuki AS secara haram.

Beberapa orang dalam kerajaan menyatakan polisi pemisahan bertujuan untuk menghalang ribuan orang yang cuba menyeberan­gi sempadan secara haram pada setiap bulan.

Namun bagi ramai kanakkanak tersebut yang berada dalam tahanan sekarang, ibu bapa mereka mungkin telah dihantar pulang ke negara asal mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia