Utusan Borneo (Sabah)

Tiada laporan MERS babitkan jemaah haji Malaysia

-

KUALA LUMPUR:Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahka­n tiada kes wabak Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) setakat ini membabitka­n jemaah haji Malaysia yang pulang ke tanah air bermula 29 Ogos lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun terdapat 27 kes Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) bagi MERS yang telah dinotifika­si, namun kesemua pesakit disahkan bebas daripada jangkitan melalui ujian makmal yang dijalankan.

“Susulan tamat musim haji tahun ini, KKM mengingatk­an agar jemaah yang telah kembali ke Malaysia sentiasa memantau kesihatan sendiri. Sekiranya mengalami gejala jangkitan respirator­i seperti kesukaran bernafas, demam, batuk, selesema dan sakit tekak, sila dapatkan rawatan dengan segera dan maklumkan sejarah perjalanan ke Tanah Suci,” katanya dalam kenyataan kepada media, di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, terdapat dua kes positif melibatkan jemaah umrah dari Johor dan Selangor pada April 2014 dan Disember 2017.

“Jemaah yang tidak sihat juga diingatkan agar menutup hidung dan mulut ketika batuk dan bersin, mengehadka­n pergaulan serta memakai penutup hidung dan mulut bagi mencegah penularan jangkitan MERS,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sejumlah 2,229 kes yang telah disahkan MERS termasuk 791 kematian dari 27 buah negara di seluruh dunia. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia