Utusan Borneo (Sabah)

PM tidak pernah puas hati

Prestasi barisan jemaah menteri sejak dilantik pegang portfolio

-

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri sejak dilantik memegang portfolio masingmasi­ng dalam kerajaan baharu.

“Saya tidak pernah berpuas hati. Kalau boleh, apa yang saya hendak (sesuatu yang telah diarahkan), telah dibuat kelmarin, bukan hari ini,” kata Pengerusi Pakatan Harapan itu selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan

Perdana Menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan yang juga Presiden Amanah Mohamad Sabu, Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Abdul Rahman.

DrMahathir­turutmembi­das tindakan sesetengah pegawai kerajaan yang melambatka­n sesuatu keputusan hingga terpaksa ditukar ke jabatan lain demi melicinkan pentadbira­n.

Beliau turut memberikan contoh tindakan pegawai yang melengahka­n pelantikan pegawai menteri sehingga

Mahathir pada sidang media selepas mempengeru­sikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor pada Jumaat. -Gambar Bernama

tidak dibayar gaji sejak empat bulan lepas.

“Oleh sebab tertentu kita tidak boleh mencapai 100 peratus janji kita. Kerosakan dalam kerajaan jauh lebih buruk sehinggaka­n ada orang elak laksanakan keputusank­eputusan yang telah dibuat.

“Kita dapati ada pegawai masih setia kepada pentadbira­n lepas dan Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak). Apabila kita lantik pegawai, menteri berhak mendapatka­n kakitangan mereka. Walaupun saya sudah luluskan pelantikan, tapi mereka masih belum mendapat gaji kononnya ada tidak kena dengan pelantikan.

“Bila Kabinet putuskan untuk ambil tindakan, barulah gaji dibayar,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) sehingga mendapat kecaman dan reaksi negatif pelbagai pihak, Dr Mahathir berkata; “Ramai orang bagi pendapat dan kita juga sensitif dengan reaksi itu. Jadi kita telah buat keputusan untuk mengkajiny­a semula.

“Ini bukannya ‘carved in stone’ (tidak boleh diubah),” katanya.

Berhubung mesyuarat pada Jumaat, Dr Mahathir berkata beberapa perkara dibincangk­an termasuk tahap kepuasan hati rakyat kepada kerajaan, peranan yang boleh dimainkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun depan atau berikutnya selain hal dalaman gabungan kepartian. –Bernama

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Oleh sebab tertentu kita tidak boleh mencapai 100 peratus janji kita. Kerosakan dalam kerajaan jauh lebih buruk sehinggaka­n ada orang elak laksanakan keputusank­eputusan yang telah dibuat.

 ??  ?? DR
DR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia