Utusan Borneo (Sabah)

Presiden UIAM: Dr Maszlee akan dapatkan nasihat Sultan, PM

-

KUCHING: Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) berbeza daripada universiti awam lain di negara ini dari segi struktur tadbir urus, dan ia tidak terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata dengan itu, tidak boleh dikatakan bahawa pelantikan­nya sebagai Presiden UIAM adalah bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Ini adalah kerana perbezaan berkenaan dan lagipun tidak timbul konflik kepentinga­n dalam perkara ini, katanya,

“Ia akan hanya bercanggah dengan manifesto PH jika saya sendiri melantik diri saya untuk menjadi ketua – contohnya UM, UPM atau UUM dan lain-lain, kerana institusi berkenaan mempunyi struktur berbeza, dan ini (UIAM) betul-betul berbeza,” katanya pada sidang media selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat ketua menteri di bangunan baharu Dewan Undangan Negeri, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata UIAM memSEREMBA­N:Kajian punyai perlembaga­an sendiri kerana semasa ia ditubuhkan, ia sepatutnya menjadi sebuah universiti antarabang­sa dengan anggota lembaganya terdiri daripada duta atau wakil daripada negara lain, dan presidenny­a tidak diberikan kuasa penuh yang biasanya diberikan kepada seseorang yang mewakili kerajaan Malaysia.

“Sebab itu kenapa sejak UIAM mula ditubuhkan, anda lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah presidenny­a ketika itu, sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan menteri pendidikan ketika itu, Jadi tradisi ini bukan baharu kerana struktur UIAM sendiri yang berbeza,” katanya.

Maszlee menegaskan apabila menteri pendidikan dilantik sebagai presiden, menteri itu akan bekerja secara percuma tanpa gaji tetap, elaun atau kemudahan tertentu manakala sekiranya individu lain dilantik ke jawatan itu ia akan melibatkan hampir setengah juta ringgit bagi gaji atau elaun.

“Apabila saya telah dilantik (presiden UIAM) oleh Sultan Pahang (selaku Ketua Perlembaga­an UIAM), secara undangunda­ng saya sudah menjadi presiden. Jadi sekarang saya dalam dilema, kalau saya tidak terima... saya kena menghadap Sultan, beritahu baginda saya kena derhaka.

“Kedua-dua mereka (Sultan Pahang dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) kena lantik orang lain sebagai presiden, yang akan kena dibayar elaun dengan wang pembayar cukai, jadi adakah saya akan mengutamak­an wang pembayar cukai… atau mengutamak­an desakan, saya kira dalam kes ini saya utamakan rakyat.

“Saya perlu rundingi pihak atasan, seperti pihak yang melantik saya – Sultan Pahang, dan juga Perdana Menteri, kerana saya tiada kuasa untuk menentukan apa-apa, saya perlu dapatkan nasihat mereka,” katanya. -Bernama

 ??  ?? ABANG Johari (kanan) bersalaman dengan Dr Maszlee di Pejabat Ketua Menteri, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat. -Gambar Bernama
ABANG Johari (kanan) bersalaman dengan Dr Maszlee di Pejabat Ketua Menteri, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia