Utusan Borneo (Sabah)

Perlawanan bola sepak, bola tampar erat persahabat­an

- Oleh HAMZAH SANUDIN MASDAR menerima cenderahat­i daripada Mustapa.

TAWAU: Sawit Kinabalu Kalabakan Plantation Sdn Bhd dan syarikat Farm Gold (Lumberco) Sdn Bhd telah menerima jemputan daripada Kretam Holding Sdn Bhd (KHB) untuk bersama-sama mengadakan perlawanan bola sepak dan bola tampar persahabat­an di Padang KHB baru-baru ini.

Ketua pasukan KHB, Mustapa Sindring berkata, perlawanan persahabat­an ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan persahabat­an yang sihat memandangk­an Kalabakan Plantation dan Lumberco jiran yang paling hampir dengan KHB.

“KHB juga pernah dipanggil untuk bersamasam­a mengadakan perlawanan persahabat­an di Kalabakan Plantation bagi maksud

PASUKAN bola sepak KHB dan Kalabakan bergambar kenangan.

yang sama dan ternyata selepas perlawanan tersebut hubungan ini bertambah akrab, dan kali ini KHB mengambil inisiatif ini agar persahabat­an ketiga-tiga syarikat terus terbina” katanya lagi.

Ketua pasukan Kalabakan Plantation, Masdar Hj Mahmud berkata, menerima jemputan daripada pihak KHB merupakan suatu penghargaa­n yang besar buat pasukan kami lebih-lebih lagi perlawanan persahabat­an ini bertujuan untuk mengeratka­n silaturahi­m di antara ketigatiga syarikat pengeluar sawit yang berjiran sejak dahulu lagi.

“Kalabakan Plantation menyambut baik kepada mana-mana syarikat dan organisasi yang ingin menjemput mengadakan perlawanan persahabat dan pihak Kami akan sentiasa menggunaka­n kaedah sukan dalam mewujudkan persahabat­an di antara semua pihak” katanya lagi. Masdar yang juga Pengurus Kanan Kalabakan Plantation berkata, untuk membina suasana kerja yang cemerlang harus bermula dengan keadaan kesihatan pekerja yang baik, oleh itu di Kalabakan Plantation amat menggalakk­an semua kakitangan­nya mengamalka­n cara hidup sihat dan sentiasa bersukan.

Manakala bagi ketua pasukan Lumberco, Basaruddin, perlawanan ini amat bermakna bagi kami dan berharap akan ada lagi perlawanan persahabat­an ini dibuat bukan sahaja untuk membentuk persahabat­an, malahan boleh bertukartu­kar pandangan berkenaan dengan urusan kerja.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN bola sepak KHB dan Lumberco bergambar kenangan.
PASUKAN bola sepak KHB dan Lumberco bergambar kenangan.
 ??  ?? PASUKAN bola tampar KHB dan Kalabakan Plantation.
PASUKAN bola tampar KHB dan Kalabakan Plantation.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia