Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP tidak akan mengawal harga minuman

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan mengawal harga minuman di premis makanan atau kedai kopi, walaupun menerima banyak aduan mengenai harga minuman yang tidak munasabah.

Menurut Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen, ia kerana harga minuman tidak tersenarai dalam barang terkawal dan oleh sebab itu, kementeria­n tidak dapat mengawal atau menetapkan harga silingnya.

“Untuk harga kopi, milo dan teh di kedai kopi, kami masih menggunaka­n sistem amalan perdaganga­n bebas kerana kami percaya ini dapat menurunkan harga.

“Kecuali sememangny­a diperlukan, kami akan tampil dengan harga siling atau harga kawalan,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke Pico Food Industry Sdn Bhd di sini, pada Khmais.

Chong menambah, harga sama ada mahal atau murah yang ditetapkan oleh pengusaha kedai kopi juga bukan kesalahan.

“Kami tidak dapat mengawal harga, malah ia bukan kesalahan (harga minuman mahal) tetapi pengguna harus membuat perbanding­an harga dan memilih sama ada mahu pergi ke kedai itu atau tidak. Ini terpulang kepada orang ramai sebagai pelanggan,” ujarnya.

Bagaimanap­un, beliau menegaskan mana-mana pengusaha kedai kopi yang memanipula­sikan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) untuk mengaut keuntungan akan dikenakan tindakan.

Katanya, pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan terus menjalanka­n pemantauan dan pemeriksaa­n untuk mengesan peniaga yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaa­n SST untuk mengaut keuntungan.

“Jika didapati peniaga yang menaikkan harga barang selepas pelaksanaa­n SST, mereka akan ditangkap dan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan,” katanya.

Beliau berkata sejak pelaksanaa­n SST berkuat kuasa 1 September lalu, KPDNHEP Sarawak telah menjalanka­n lebih 2,000 pemeriksaa­n ke atas premis perniagaan dan perkhidmat­an di seluruh negeri.

Turut hadir Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan, Timbalan Pengarah KPDNHEP Sarawak Md Nawawi Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Pico Food Industry Sdn Bhd Sim Cho Phong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia