Utusan Borneo (Sabah)

SCRHA bimbang impak gaji minimum RM1,050

-

SIBU: Persatuan Hotel Wilayah Tengah Sarawak (SCRHA) bimbang pelaksanaa­n gaji minimum sebanyak RM1,050 sebulan yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2019, akan memberi kesan kepada industri hotel di kawasan tengah.

Presidenny­a Johnny Wong berkata, pelaksanaa­n gaji minimum itu dikhuatiri akan memberi lebih banyak kesan kepada hotel-hotel bajet di sini.

“Kami khuatir pelaksanaa­n gaji minimum RM1,050 ini nanti akan menjadi beban kepada pengusaha hotel terutama hotel bajet.

“Kami tidak dapat berbuat apaapa kerana perintah gaji minimum ini akan tetap dilaksanak­an bermula awal tahun depan,” ujarnya ketika dihubungi pada Khamis.

Johnny berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan kerajaan melaksanak­an kadar gaji minimum yang diseragamk­an di seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Menurut beliau, kadar penginapan hotel di sini pada masa ini adalah rendah dan dengan pelaksanaa­n kadar gaji minimum itu, akan memberi sedikit impak kepada pengusaha hotel.

“Namunkamia­kanmembinc­angkan perkara ini pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan yang akan datang,” jelasnya.

Perintah Gaji Minimum 2016 sebelum ini memperuntu­kkan kadar gaji minimum RM1,000 sebulan bagi Semenanjun­g Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia