Utusan Borneo (Sabah)

Pan Borneo tidak merentasi Brunei memudahkan, beri manfaat kepada rakyat

-

KUCHING: Jajaran Lebuh Raya Pan Borneo yang tidak merentasi Brunei lebih memudahkan dan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

Menteri Kerja Raya Baru Bian dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, kementeria­nnya sudah mula meneliti jajaran terlibat bagi lencongan lebuh raya tersebut.

“Saya akan memantu sendiri perkembang­an perkara ini,” katanya bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin lepas yang menyatakan bahawa Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubung­kan Sarawak dan Sabah tidak akan dibina merentasi Brunei.

Beliau yang menyambut baik kenyataan Perdana Menteri itu berkata, lencongan Lebuh Raya Pan Borneo tanpa melalui Brunei ini akan membuka kawasan pedalaman Sarawak bagi aktiviti pertanian dan peluang perniagaan kepada penduduk di kawasan terlibat.

“Terdapat beberapa rumah panjang di sekitar kawasan terlibat dan penduduk akan menikmati manfaat daripada sistem perhubunga­n ini menerusi lencongan yang disediakan nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Malah, Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau menambah, aktiviti pelanconga­nakandapat­dipertingk­atkan kerana lebih mudah untuk datang ke kawasan tarikan di situ.

“Tempat seperti Mulu, Gunung Murud dan Batu Lawi adalah berpotensi untuk pelanconga­n terutama destinasi kedua yang belum dipromosik­an sebagai destinasi pelanconga­n,” jelasnya.

Pada masa sama Ahli Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan itu berkata, ia akan menjadi laluan untuk Limbang kerana pada masa ini terdapat lebuh raya dari Miri ke Temburong yang melalui Limbang.

“Lencongan yang dicadangka­n ini akan melalui Limbang, membawa rangsangan yang sangat diperlukan kepada ekonomi aktiviti di sana.

“Antara lain, tanpa melalui Brunei, ia memudahkan pesakit dari pedalaman seperti Baram, Bario dan Ba’Kelalan mendapatka­n rawatan di Hospital Miri,” katanya.

Selain itu, dedahnya lagi pada masa ini, pesakit yang memerlukan rawatan di hospital tersebut terpaksa melalui sempadan Brunei.

“Keadaan ini memberi masalah kepada penduduk kerana ramai yang tidak memiliki pasport.

“Alternatif lain adalah menggunaka­n laluan udara dengan helikopter untuk sampai ke kawasan penduduk di pedalaman,” tambahnya.

Baru memberitah­u, pesakit dari Lawas yang memerlukan rawatan kritikal pada masa ini terpaksa pergi ke hospital di Kota Kinabalu dan keadaan ini memberi tekanan kepada hospital di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia