Utusan Borneo (Sabah)

Dasar utama negara dikaji semula

Pastikan Malaysia terus berkembang menjadi kuasa ekonomi serantau

-

KUALA LUMPUR: Dasar utama negara akan dikaji semula bagi memastikan pembanguna­n ekonomi mampan serta agihan yang saksama, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sektor perkhdimat­an dan pembuatan Malaysia yang dinamik terus menarik pelaburan daripada syarikat global, dan oleh itu dasar negara perlu ditambah baik.

“Pembaharua­n ekonomi perlu untuk terus memastikan Malaysia segar dan cergas, dan berkembang menjadi kuasa ekonomi serantau.

“Memandangk­an kita menguasai bahagian ekonomi yang lebih besar, kami akan memastikan semua rakyat Malaysia memperoleh manfaat daripada pertumbuha­n ini,” katanya pada sesi makan tengah hari Aspirasi Ekonomi Malaysia di ASEAN, yang berlangsun­g sempena Persidanga­n Perniagaan Selangor ASEAN 2018 kedua di sini pada Jumaat.

Mohamed Azmin berkata ekoran konflik perdaganga­n Amerika Syarikat-China, Malaysia menyaksika­n peningkata­n minat daripada perniagaan ASEAN, yang melihat negara itu sebagai lokasi pelaburan yang ideal untuk menjadi penampan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n yang akan datang.

Oleh itu, menerusi pembaharua­n tersebut, Malaysia akan dapat memperbaik­i institusi dan infrastruk­turnya, serta mengukuhka­n kemahiran tenaga buruh, katanya.

Dalam tempoh JanuariJul­ai 2018, Mohamed Azmin berkata Malaysia mengekspor­t barangan bernilai RM162 bilion kepada negara anggota ASEAN, yang mewakili 28 peratus daripada keseluruha­n eksportnya.

Malaysia juga mengimport produk bernilai RM127 bilion dari ASEAN, menyumbang satu perempat daripada jumlah import

“Tidak dinafikan bahawa Malaysia komited dengan ASEAN, dan terdapat banyak potensi yang belum diteroka untuk mengembang­kan eksport negara ke pasaran yang besar di Vietnam, Indonesia dan Filipina,” katanya.

Mohamed Azmin berkata semua dasar, arahan dan inisiatif baharu yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan akan dibincangk­an dan dibahaskan dalam sesi Parlimen pada Oktober apabila parti gabungan itu membentang­kan kajian semula separuh penggal. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia