Utusan Borneo (Sabah)

Perkhidmat­an pascabayar kekal dikena cukai enam peratus

-

KUALA LUMPUR: Cukai perkhidmat­an sebanyak enam peratus kekal dikenakan ke atas pengguna telekomuni­kasi pascabayar seperti yang dilaksanak­an semasa Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) hanya termaktub kepada warganegar­a yang menggunaka­n kad prabayar sahaja.

“Kad prabayar selalunya digunakan golongan pendapatan rendah dan pengecuali­an ini diberikan untuk membantu golongan tersebut,” katanya pada sidang media sempena majlis taklimat ‘SST bersama Menteri Kewangan’, di sini, Jumaat.

Pada Rabu, Lim mengarahka­n syarikat pembekal perkhidmat­an telekomuni­kasi kad prabayar supaya mengecuali­kan cukai perkhidmat­an kepada pelanggan warganegar­a Malaysia.

Katanya, pengecuali­an itu berdasarka­n kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmat­an 2018 dan berkuat kuasa mulai 6 Sept 2018.

Melalui pengecuali­an itu, pelanggan akan mendapat nilai kredit penuh apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmat­an.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan bersedia untuk membuat pindaan ke atas nilai cukai yang dikenakan seandainya ia memberi kesulitan kepada peniaga.

“Sayaselalu­tegaskanba­hawa sungguhpun pihak kerajaan hendak tambahkan hasil tapi kesejahter­aan ekonomi rakyat adalah lebih penting.

“Itulah sebabnya kita (akan) membuat pindaan yang sewajarnya sekiranya peniaga ada masalah tetapi pada masa yang sama kita harap peniaga juga bolehlah mengambil inisiatif memastikan mereka dapat mematuhi undangunda­ng yang ditetapkan supaya kita bersama-sama menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing,” kata Lim. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia