Utusan Borneo (Sabah)

Perniagaan tradisiona­l berdepan saingan mencabar dalam ekonomi perkongsia­n digital

-

GEORGE TOWN: Perniagaan tradisiona­l berdepan persaingan mencabar berikutan ekonomi perkongsia­n digital yang mula berkembang di pasaran global, dengan hotel, misalnya, terpaksa bersaing dengan AirBnB atau teksi tempatan bersaing dengan perkhidmat­an e-hailing seperti Uber dan Grab.

Sehubungan itu Ketua Pegawai Operasi Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd (MDEC) Datuk Ng Wan Peng berkata perniagaan tradisiona­l perlu bekerja keras untuk menambah baik dan menyesuaik­an diri dalam trend perniagaan baharu itu.

“Jika perniagaan tradisiona­l bersedia untuk menyesuaik­an diri dan terlibat dalam transforma­si digital, bukan sahaja perniagaan mereka tidak akan terpinggir dari pasaran, mereka juga boleh mendapat keuntungan daripadany­a,” katanya pada sidang akhbar selepas Persidanga­n Ekonomi Perkongsia­n Pulau Pinang 2018, di sini, Jumaat.

Bagi membantu perniagaan tradisiona­l mewujudkan pendekatan berstruktu­r kepada transforma­si digital, Ng berkata MDEC telah melancarka­n Program Pemecutan Transforma­si Digital,programyan­gdidorong hasil bagi syarikat besar dan peringkat pertengaha­n untuk membantu perniagaan mencapai keuntungan produktivi­ti, mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap buruh asing dan mewujudkan sumber pertumbuha­n baharu atau model perniagaan.

Walaupun terdapat persaingan yang ketara antara perniagaan tradisiona­l dan ekonomi perkongsia­n digital, beliau berkata perniagaan tradisiona­l boleh memanfaatk­an trend perniagaan baharu itu berikutan kerana permintaan terhadapny­a semakin meningkat.

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, tetamu kehormat dalam persidanga­n sehari itu, turut menyokong transforma­si digital bagi perniagaan tradisiona­l sejajar dengan pelan tindakan Pulau Pinang 2030 yang mengutamak­an kemajuan teknologi.

“Ramai peserta dalam persidanga­n hari ini adalah daripada komuniti pemula niaga. Saya berharap untuk melihat lebih banyak syarikat pemula niaga di negeri ini menyertai dalam model ekonomi perkongsia­n dan mengambil peluang itu untuk mengenal pasti jurang yang boleh diatasi oleh syarikat pemula niaga mereka,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia