Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited naikan gaji minimum kepada RM1,500, kata Ong

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited menunaikan manifeston­ya untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

“Kami menjalanka­n kajian semula gaji minimum setiap dua tahun, dan kami akan terus memantau kedudukan ekonomi pada masa itu.

“Saya yakin keadaan ekonomi akan bertambah baik pada masa itu. Oleh itu kita tunggu dan lihat. Kami akan terus mengadakan perbincang­an dengan semua pihak berkepenti­ngan,” katanya pada sidang akhbar pelancaran Program Penyerapan Teknologi, Ekosistem dan Kebudayaan (TEC).

Beliau mengulas pengumuman mengenai gaji minimum baharu sebanyak RM1,050 sebulan di seluruh negara berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.

Ong juga menekankan bahawa peningkata­n ini (RM50 untuk Semenanjun­g Malaysia dan RM130 untuk Sabah dan Sarawak) adalah untuk masa kini, dan jumlahnya akan meningkat secara beransur-ansur apabila keadaan ekonomi terus meningkat.

Sementara itu, Ong berkata kerajaan sedang menunggu maklum balas industri mengenai kenaikan itu, tetapi menyatakan keyakinan bahawa pengilang di kawasan bandar seperti Johor Bahru, Pulau Pinang dan Selangor dapat mematuhi.

Bagaimanap­un, mungkin pengilang di Sabah dan Sarawak akan mendapati keputusan itu lebih mencabar kerana ada perbezaan kadar upah minimum antara Semenanjun­g, dan Sabah dan Sarawak.

“Saya akan melawat Sabah dan Sarawak untuk memahami cabaran yang dihadapi mereka,” katanya.

Menerusi TEC yang dianjurkan oleh Productivi­ty Nexusuntuk­Runcit,Makanan dan Minuman secara usaha sama dengan University of California, Berkeley, 36 ahli perniagaan tempatan akan melawat empat organisasi besar di Lembah Silicon dari 30 Sept hingga 4 Okt.

Merekadija­dualmelawa­tibu pejabat Google, Googleplex dan Livelab Target Store, tempat e-dagang dan ekosistem dan budayanya diasaskan. - Bernama

 ??  ?? TIMBALAN Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming berucap ketika menyempurn­akan pelepasan para peserta program ‘The Technology, Ecosystem and Culture (TEC)’ di Pusat Konvensyen Sime Darby, Jumaat.
TIMBALAN Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming berucap ketika menyempurn­akan pelepasan para peserta program ‘The Technology, Ecosystem and Culture (TEC)’ di Pusat Konvensyen Sime Darby, Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia