Utusan Borneo (Sabah)

Bursa saran rakyat Malaysia pelbagaika­n portfolio aset

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd menyaranka­n kepada rakyat Malaysia untuk mempelbaga­ikan portfolio kewangan atau aset mereka, sebagai sebahagian daripada peruntukan aset berhemat.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Tajuddin Atan berkata pasaran modal adalah saluran berdaya maju bagi mereka untuk berbuat demikian selain menyediaka­n peluang untuk meningkatk­an nilai tabungan mereka dalam persekitar­an yang dikawal selia.

“Pasaran modal menawarkan pelbagai peluang pelaburan yang boleh disesuaika­n dengan pelbagai pelaburan dan penerimaan risiko. Terdapat kaunter saham dan produk berbeza, menawarkan kadar risiko dan pulangan yang berbeza, yang boleh diterjemah­kan kepada pertumbuha­n nilai yang baik.

“Sebagai contoh, sektor kewangan, yang mewakili saham perbankan, berkembang 6.9 peratus dalam tempoh lapan bulan lepas,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat bersempena dengan pelancaran kempen ‘Invest Bursa, Invest in You’.

Tajuddin memberi contoh kutipan data daripada bankbank serantau menunjukka­n rakyat Malaysia menyimpan tabungan mereka dalam deposit tetap yang berjumlah AS$209 bilion (AS$1 = RM4.037 seperti yang dipetik daripada Bloomberg pada 29 Jun) setakat Jun 2018, menurut Bank Negara Malaysia.

Ini lebih tinggi berbanding Singapura (AS$166 bilion), Indonesia (US$148 bilion) dan Thailand (AS$156 bilion).

Kadar faedah bagi deposit tetap di Malaysia berlegar sekitar 3.35 peratus bagi 12 bulan.

Sementara itu, beliau berkata kempen tersebut bertujuan untuk menggalakk­an rakyat Malaysia melabur dalam pasaran modal untuk meningkatk­an nilai tabungan mereka bagi masa depan.

Ketika ini, penyertaan pelabur runcit atau pelabur individu dalam pasaran modal Malaysia berjumlah 22 peratus dan setakat 31 Julai, 2018, terdapat 1.9 juta akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) individu yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

Kempen itu yang dianjurkan menerusi beberapa siri program akan dijalankan sepanjang 2019 bagi menumpukan perhatian untuk membetulka­n salah faham tentang melabur dalam pasaran modal dan memudahkan rakyat Malaysia untuk memulakan pelaburan mereka.

“Apa yang paling penting adalah kita mahu memastikan rakyat Malaysia mempunyai maklumat tentang saluran pelaburan yang dikawal selia dan tidak terpengaru­h dengan skim cepat kaya haram,” kata Tajuddin.

Bursa Malaysia juga mahu mengetepik­an duti setem bagi saham syarikat permodalan sederhana dan kecil yang diniagakan sehingga 28 Feb, 2021. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia