Utusan Borneo (Sabah)

Uji bakat Mentor 7 bersama Syafinaz hari ini, esok

-

PROGRAM realiti nyanyian terunggul TV3 lebih sedekad ini kembali lagi dan membariska­n empat mentor luar biasa yang bakal menggegark­an industri seni tanah air dengan aura hebat mereka.

Mentor 7 menampilka­n empat penyanyi versatil iaitu Aizat Amdan, Datuk Syafinaz Selamat, Siti Nordiana dan Hafiz Suip. Mentor-mentor ini mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih siapakah yang bakal menjadi protégé mereka.

Secara lebih terperinci, Siti Nordiana mahukan protégé yang belum berkahwin, boleh menyanyi dalam pelbagai genre seperti irama Malaysia, dangdut, rock, pop dan R&B, memiliki tona suara yang sedap serta berpersona­liti menarik.

Pilihan Aizat Amdan pula haruslah pandai bermain instrument muzik seperti gitar atau piano, belum berkahwin dan berkeyakin­an serta berfikiran terbuka.

Manakala Hafiz Suip mencari seseorang yang mempunyai vokal mantap, boleh membawa lagu genre balada dengan baik, berperwata­kan menarik dan paling penting, mempunyai minat yang mendalam dalam bidang nyanyian.

Datuk Syafinaz Selamat mencari seseorang yang original dan unik di samping vokal yang mantap. Protégé beliau juga haruslah sensitif dan peka terhadap muzik.

Pada 18 dan 19 Ogos 2018 yang lalu, satu sesi uji bakat terbuka Mentor 7 telah pun berlangsun­g di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah.

Jumlah kehadiran peserta sepanjang dua hari bukan saja amat memberangs­angkan malahan juri-juri profesiona­l iaitu Ajai dan Azmeer, terpukau dengan kualiti nyanyian yang dipersemba­hkan oleh peserta dari Malaysia Timur. Selepas Kota Kinabalu, terdapat empat lagi sesi uji bakat yang akan diadili sendiri oleh barisan mentor.

Bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Datuk Syafinaz Selamat akan memulakan sesi uji bakat pertama pada hari ini (8 September 2018) dan esok (9 September 2018), seterusnya Aizat Amdan pada 15 & 16 September 2018, Hafiz Suip pada 22 & 23 September 2018 dan yang terakhir adalah Siti Nordiana pada 29 & 30 September 2018.

Sesi uji bakat bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang di Sri Pentas, Bandar Utama. Syaratsyar­at uji bakat Mentor 7 adalah warganegar­a Malaysia, berumur 18 hingga 28 tahun, serta bawa gambar berukuran poskad dan CD minus one sendiri.

Jika anda mempunyai keyakinan tinggi dan mempunyai apa yang diperlukan oleh para mentor, usah tunggu lagi! Hadirlah ke sesi uji bakat dan sinarkan bintangmu!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia