Utusan Borneo (Sabah)

Perintah berkurung dikuatkuas­akan di Basra

Selepas protes antikeraja­an meletus lagi, menyebabka­n seorang terbunuh dan 35 tercedera

-

BASRA: Tiga bom mortar dilepaskan ke dalam zon hijau di Baghdad awal semalam manakala perintah berkurung dikuatkuas­akan di kota Basra, selatan Iraq, selepas protes ganas yang meletus lagi berhubung perkhidmat­an awam yang buruk mengorbank­an seorang individu dan mencederak­an 35 lagi.

Serangan oleh penyerang tidak dikenali ke atas zon hijau yang dikawal ketat, dan menempatka­n pegawai kerajaan Iraq dan kedutaan Amerika Syarikat (AS), berlaku “tanpa sebarang mangsa atau menyebabka­n kerosakan”, kata ketua keselamata­n bagi ibu negara.

Serangan itu berlaku ketika Iraq bergelut dengan protes ganas di selatan Basra yang kaya dengan sumber minyak, di mana lapan orang terkorban sejak Selasa lepas setelah orang ramai bertelingk­ah dengan pasukan keselamata­n dan me-lontar bom molotov ke ibu pejabat kerajaan wilayah.

Basra menjadi tumpuan protes yang menggegark­an Iraq sejak Julai lalu, dengan kemarahan yang dimarakkan lagi oleh pencemaran bekalan air yang menyebabka­n 30,000 orang dimasukkan ke hospital.

Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di tengah Basra kelmarin selepas pegawai tempatan memutuskan untuk membatalka­n perintah berkurung sebelum itu setelah ia dilaksanak­an oleh pihak berkuasa pusat di Baghdad, dan suasana kelihatan lebih tenang berbanding pada harihari sebelum itu.

“Seorang individu terbunuh dan 35 lagi cedera; 24 orang awam dan 11 anggota polis,” kata jurucakap kementeria­n kesihatan Seif al-Badr, tanpa memberi sebarang maklumat lanjut.

Kenyataan itu dibuat ketika pihak berkuasa mengumumka­n perintah berkurung baharu di kota berkenaan, di mana ibu pejabat kerajaan tempatan dan pejabat organisasi politik telah dibakar.

Api kelihatan merebak sekitar kompleks kerajaan yang besar selepas ia menjadi fokus kemarahan, dan saksi berkata ia merebak dalam pejabat yang menempatka­n saluran TV kerajaan, Iraqiya.

Wartawan AFP turut melaporkan kediaman gabenor yang berdekatan juga telah dibakar manakala saksi dan sumber berkata kebakaran memusnahka­n pejabat tempatan milik beberapa orga-nisasi politik.

Ia tidak jelas sama ada kebakaran itu bermula disebabkan oleh serangan baharu dengan alat mudah terbakar atau disebabkan oleh kebakaran terdahulu yang gagal dipadamkan oleh jabatan kecemasan.

Sekurang-kurangnya 23 orang sudah maut dalam demonstras­i sejak ia meletus di Basra pada 8 Julai lalu.

Aktivis hak asasi manusia menuduh pasukan kese-lamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan, manakala kerajaan menyalahka­n golongan yang melakukan provokasi di kalangan orang ramai dan berkata anggota tentera sudah diarahkan untuk tidak menggunaka­n peluru hidup.

“Rakyat membantah dan kerajaan tidak peduli, me- layan mereka seperti perosak,” kata Ali Saad, yang berusia 25 tahun, di rapat umum kelmarin di Basra.

“Tidak ada orang di sini yang menjadi perosak: rakyat sudah bosan, jadi ya, mereka melontar batu dan membakar tayar kerana tidak ada orang peduli,” katanya kepada AFP dekat bangunan yang dikotori puing.

Ahmed Kazem, yang turut menyertai protes, menggesa pemimpin untuk memenuhi tuntutan penunjuk perasaan “supaya situasi tidak bertambah buruk”.

Lelaki berusia 42 tahun itu berkata tuntutan mereka termasuk “perkhidmat­an awam, air, bekalan elektrik dan pekerjaan”.

Perdana Menteri Haider al-Abadi telah berusaha untuk meredakan kemarahan dan pihak berkuasa sudah menjanjika­n pelan kecemasan berbilion dolar bagi menghidupk­an infrastruk­tur dan perkhidmat­an di selatan Iraq.

Namun rakyat Iraq masih amat curiga tatkala negara itu masih dalam kebuntuan politik ekoran pilihan raya pada Mei lalu.

Ulama Syiah, Moqtada Sadr, pemimpin blok politik yang memenangi jumlah kerusi paling banyak, kelmarin mengumumka­n sesi parlimen khas untuk menangani kebimbanga­n penunjuk perasaan.

Ahli politik mesti mengemukak­an penyelesai­an yang “radikal dan segera” di sesi itu atau meletak jawatan jika mereka gagal berbuat demikian, katanya.

Abadi menjawab dengan menyatakan beliau “bersedia untuk menghadiri sesi parlimen bersama menteri dan pegawai berkenaan, bagi membincang­kan situa-si dan keperluan di wilayah Basra”.

Perdana menteri itu cuba mempertaha­nkan jawatannya dalam kerajaan akan datang dengan menubuhkan pakatan bersama Sadr, seorang bekas ketua militia yang telah menyeru agar Iraq memiliki kebebasan politik yang lebih tinggi daripada negara jiran Iran dan AS. — AFP

“Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di tengah Basra kelmarin selepas pegawai tempatan memutuskan untuk membatalka­n perintah berkurung sebelum itu setelah ia dilaksanak­an oleh pihak berkuasa pusat di Baghdad, dan suasana kelihatan lebih tenang berbanding pada harihari sebelum itu.

 ?? — Gambar Reuters ?? ANGGOTA tentera berkawal ketika asap menyelubun­gi bangunan Majlis Pentadbira­n Basra di Iraq kelmarin.
— Gambar Reuters ANGGOTA tentera berkawal ketika asap menyelubun­gi bangunan Majlis Pentadbira­n Basra di Iraq kelmarin.
 ?? — Gambar Alaa al-Marjani/Reuters ?? PENUNJUK perasaan berdiri di atas dinding konkrit ketika mengadakan bantahan terhadap perkhidmat­an awam yang buruk berhampira­n dengan bangunan pejabat kerajaan di Basra, Iraq kelmarin.
— Gambar Alaa al-Marjani/Reuters PENUNJUK perasaan berdiri di atas dinding konkrit ketika mengadakan bantahan terhadap perkhidmat­an awam yang buruk berhampira­n dengan bangunan pejabat kerajaan di Basra, Iraq kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia