Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar baharu UMSKAL serlah bakat menyanyi

-

PELAJAR baharu Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) bagi Sesi Pengambila­n Akademik 2018/2019 menyerlahk­an bakat pada Majlis Malam Penutupan dan Persembaha­n Bakat Minggu Suai Mesra (MSM).

Majlis yang diadakan di Dewan Utama pada malam Khamis itu membuktika­n kehebatan pelajar baharu dalam bidang nyanyian dan tarian serta bermain alat muzik.

Majlis itu yang bermula jam 8 malam dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n nyanyian oleh Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik dan Timbalanny­a Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal yang juga Pengarah MSM Sesi 2018/2019.

Turut hadir, Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Haji Mohamad Tuah, Timbalan Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Dr Suzilah Sidek, Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Nur Iman Reedzal dan Ketua Pengarah PSM MSM Ke-24 Steve Andey Lee Shiang Yang.

Dalam ucapannya, Lee berkata majlis itu diadakan untuk memberikan ruang dan peluang kepada pelajar baharu menunjukka­n bakat mereka dalam bidang seni budaya. Katanya, menerusi program itu juga membuktika­n pelajar baharu dari seluruh negara mempunyai kebolehan dan bakat terpendam yang sewajarnya diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi. “Ternyata ramai pelajar baharu mempunyai kebolehan menyanyi, menari dan bermain alat muzik yang mampu menyumbang sesuatu kepada seni dan budaya di UMS Labuan,” katanya. Pelajar baharu terhibur dengan persembaha­n rakan mereka selain persembaha­n tetamu kehormat pada majlis itu.

Malam Persembaha­n Bakat juga diadakan untuk merapatkan lagi hubungan antara pengurusan UMSKAL dengan pelajar baharu dan PSM ke-24.

Persembaha­n tarian pula menampilka­n pelbagai jenis tarian dan pakaian kebudayaan suku kaum di Sabah dan Sarawak sekali gus memperkena­lkannya kepada pelajar dari Semenanjun­g.

 ??  ?? PELAJAR baharu menunjukka­n bakat dalam bidang nyanyian. PELAJAR perempuan gembira dengan nyanyian dan tarian yang dipersemba­hkan rakan mereka. PENGARAH UMSKAL turut menghiburk­an pelajar baharu.
PELAJAR baharu menunjukka­n bakat dalam bidang nyanyian. PELAJAR perempuan gembira dengan nyanyian dan tarian yang dipersemba­hkan rakan mereka. PENGARAH UMSKAL turut menghiburk­an pelajar baharu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia