Utusan Borneo (Sabah)

Kadar gaji minimum adil, mampu dibayar majikan

-

“Saya sebagai majikanber­pendapat kadar ini adalah kenaikan adil yang mampu untuk ” syarikat kecil

MIRI: Kadar gaji minimum yang seragam di seluruh negara adalah adil dan masih mampu dibayar syarikat kecil.

Naib Ketua Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni berkata, sekiranya kadar ditetapkan terlalu tinggi, ia akan mengakibat­kan pemberhent­ian pekerja.

“Kadar gaji minimum adalah seragam RM1,050 di seluruh negara dengan peningkata­n RM130 untuk Sarawak.

“Saya sebagai majikan berpendapa­t kadar ini adalah kenaikan adil yang mampu untuk syarikat kecil,” jelasnya.

Sebelum ini kadar gaji minimum di Sarawak dan Sabah adalah RM920 berbanding RM1,000 untuk pekerja di Semenanjun­g Malaysia.

Kadar gaji seragam dipersetuj­ui kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Voon yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) untuk Hal Ehwal Sarawak berkata, kadar tersebut memastikan setiap pekerja menerima gaji bulanan RM1,050.

“Ini menggalakk­an majikan membayar gaji lebih kepada pekerja mereka kerana masih ramai pekerja kolar biru dibayar gaji bawah RM1,000, “jelasnya.

Beliau menambah, banyak faktor diambil kira termasuk penyertaan sektor swasta dan melibatkan survival majikan dan pekerja.

Sekiranya kadar gaji minimum terlalu tinggi, syarikat kecil tidak akan mengambil pekerja baharu dan mungkin bertindak memberhent­ikan pekerja.

“Selain itu, kos operasi yang tinggi mungkin dimasukkan ke dalam kos barangan dan perkhidmat­an yang menyebabka­n kenaikan harga barangan.

“Kesan domino (tindak balas berantai) dalam melaksanak­an kadar gaji minimum yang tinggi boleh membawa kepada kenaikan harga barang dan perkhidmat­an dan pemberhent­ian pekerja sekiranya pembanguna­n ekonomi negara kekal perlahan,” jelasnya.

Voon bersetuju kenaikan gaji perlahan tetapi stabil adalah lebih baik dan praktikal tatkala negara berusaha memulihkan ekonomi.

“Majikan perlu

VOON SHIAK NI

Naib Ketua Wanita PKR Pusat

dimaklumka­n bahawa mereka perlu memastikan pekerja dibayar secukupnya dan mengelak daripada melakukan sebarang bentuk diskrimina­si termasuk kerja terlampau banyak kepada pekerja,” ujarnya.

Beliau pernah menerima aduan daripada pekerja tentang sikap majikan yang tidak mengendahk­an kebajikan mereka dan bertindak memotong gaji hanya kerana lambat 10 minit ke tempat kerja.

 ??  ?? VOON menjelaska­n tentang kadar gaji minimum seragam.
VOON menjelaska­n tentang kadar gaji minimum seragam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia