Utusan Borneo (Sabah)

Ustaz Bungsu: Dulu bercita-cita jadi kartunis, kini Mufti Negeri Sabah

-

Saya lahir di Kampung Pimping, Membakut pada 24 Mac 1964. Saya anak kesepuluh daripada sepuluh adik beradik. Ayah saya, Haji Jaafar Tapah, bekerja sebagai petani manakala ibu saya, Hajah Dayang Iring Awang Tengah, seorang surirumah. Keduaduany­a sudah kembali ke rahmatulla­h.

UB: Di mana Datuk mendapat pendidikan awal?

MUFTI:

Saya mendapat pendidikan awal di SRK Pengiran Jaya Membakut dari darjah satu hingga darjah enam. Selepas itu, saya sempat bersekolah di SM St Patrick, Membakut sebelum melanjutka­n pelajaran di peringkat

ibtidaiyya­h di Madrasah Al Quran Waddin Kampung Melayu Majidee Johor Bahru atas tajaan Yayasan Sabah dari tahun 1976 hingga 1979.

Selepas itu, saya melanjutka­n pelajaran di peringkat Syahadah Thanawiyya­h di sekolah menengah Arab Maahad Johor di Johor Bahru dari tahun 1980 hingga 1983.

UB: Siapa rakan-rakan Datuk dari Sabah sewaktu bersekolah di sana?

MUFTI: Kami ada sepuluh orang dari lima daerah. Setiap daerah diwakili dua orang, Salleh Haji Ibrahim dan saya dari Beaufort. Asiki Tarimo dan Saad Hamid dari Sipitang, Basini Said dan Warimin Suman dari Keningau, Rajibin Rasman dan Roslin Ghani (arwah) dari Ranau,Sarimin Sarnoh dan Musri Jani dari Tenom.

UB: Selepas itu, di mana Datuk melanjutka­n persekolah­an? MUFTI:

Selepas lulus Syahadatul tsanawiyah, saya melanjutka­n pelajaran di Universiti Malaya. Sebenarnya saya layak untuk melanjutka­n pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir, yang menjadi impian saya sejak kecil tetapi situasi masa itu tidak mengizinka­n sehingga saya tidak mendapat biasiswa. Akhirnya saya melanjutka­n pelajaran di Fakulti Usuluddin Universiti Malaya.

UB: Siapa rakan-rakan seuniversi­ti? MUFTI:

Rakan satu fakulti ialah Ustazah Jaimis Saiman, Rakan seuniversi­ti, antaranya Ustaz

Sidik Awang

Adi, Ustaz Taib Abdullah, Dr

Yusof Jasmin,Prof Madya Dr Suwaid Tapa, Ustazah

Aisah Kasan. Senior saya pula, Ustaz Musally Moksin, Ustaz Ahmad Lakim, Ustaz Ahmad Din.

Saya menuntut di Akademi Islam dari tahun 1984. Saya mendapat ijazah sarjana muda Usuluddin dengan kepujian kelas pertama. Ini melayakkan saya untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat sarjana di UM dengan mendapat tajaan biasiswa.

Saya sempat mendaftar kerana kemudian saya mengambil keputusan balik ke Sabah, menyertai UiTM sebagai pensyarah di Pusat Pendidikan Islam pada tahun 1989. Lagipun saya sudah terlalu lama di Semenanjun­g dan berjauhan dengan keluarga sejak saya tingkatan lagi.

Tidak lama kemudian,saya diserapkan ke jawatan sebagai pensyarah tetap di UiTM Shah Alam. Pada Ogos 1990, saya ditempatka­n semula di UiTM Sabah sebagai pensyarah hingga tahun 2012.

Pada tahun 2012, saya dipinjamka­n kepada Kerajaan Negeri dan dilantik sebagai Mufti Negeri Sabah.

UB: Sebelum itu, jika tak silap Datuk melanjutka­n pelajaran di England. Tahun berapa ? MUFTI:

Pada tahun 1995, saya mendapat biasiswa UiTM untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat sarjana di Centre for the Study of Islam and ChristianM­uslim relations, Selly Oak Colleges University of Birmingham.

UB: Mungkin ramai yang ingin tahu mengenai Mufti. Bolehkah Datuk beritahu secara ringkas tugas-tugas Mufti?

MUFTI:

Yang pertama, menjadi rujukan Kerajaan Negeri dalam aspek keagamaan.Mufti adalah pihak yang ada authority yang dirujuk dalam perkara agama. Kedua, tugas mufti adalah mengeluark­an fatwa berkaitan agama dan hukum syarak. Yang ketiga, Mufti juga bertugas memberi nasihat kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri dan Kerajaan Negeri dalam bidang hukum syarak dan keempat menjadi rujukan masyarakat Islam di negeri Sabah dalam aspek hukum syarak.

UB: Setakat ini berapa fatwa yang telah dikeluarka­n? MUFTI:

Kira-kira 50 fatwa. Pada tahun 2017, kita mengeluark­an sebanyak 16 fatwa berkaitan keselamata­n negara yang telah diwartakan.

UB: Kalau boleh tahu, apa cita-cita Datuk semasa kecil?

MUFTI: Saya mahu jadi kartunis. Sebenarnya saya pernah melukis kartun. Malah saya pernah menjadi kartunis dalam Majalah Ummi secara sambilan ketika belajar di Universiti Malaya. Saya juga suka menulis khat. Ini antara bidang yang saya minati.

UB: Orang yang paling banyak mendorong Datuk untuk belajar? MUFTI:

Kakak saya Hajah Sutinah. Beliau yang banyak beri dorongan untuk saya belajar.Kakak saya seorang yang tegas. Saya anak bongsu.Sebagai anak bongsu, saya agak manja dengan ibu saya. Malah ketika berada dalam darjah enam saya masih tidur sama mama.Umur 11 tahun.

Kakak sayalah yang selalu memberikan dorongan. Dia seorang yang tegas soal pelajaran.Kakak sayalah yang berhabis suruh saya belajar, belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

UB: Tentu ada pahit manis dalam kehidupan. Apa saat yang paling pahit bagi Datuk?

MUFTI:

Bapa saya kembali ke rahmatulla­h ketika saya belajar di England. Itu saat yang paling menyedihka­n. Dalam sepuluh adik beradik, hanya ada dua orang lelaki. Abang saya ketika itu belajar di New Zealand. Saya di England. Bapa sakit.Kami kena suruh balik. Saya balik. Tapi sewaktu sampai di kampung, ayah saya kembali sihat. Selepas seminggu, saya pun balik semula ke UK untuk sambung pengajian.

Apabila saya sampai di sana, saya diberitahu bapa sudah meninggal. Saya hanya diberitahu setelah sampai di rumah, sempat duduk minum kopi, barulah saya diberitahu bapa sudah tiada ketika saya dalam perjalanan pulang ke England.

Satu lagi saat yang menyedihka­n bagi saya apabila saya tidak dapat melanjutka­n pelajaran ke Al Azhar. Masa itu, sudah menjadi tradisi Maahad Johor, kebanyakan pelajarnya melanjutka­n pelajaran ke Al Azhar. Namun saya tidak dapat meneruskan pelajaran ke sana walaupun saya mendapat kedudukan tempat kedua ketika belajar di Maahad. Masa itu saya sudah well prepared, sudah bersedia, malah belajar bahasa Arab Ammi, bahasa pasar tetapi Allah berkehenda­k yang lain.

Akhirnya abang saya, Haji Awang Tangah, yang banyak memberi dorongan dan inspirasi bagi saya. Dialah yang mengisi borang UPU untuk saya, dia yang hantar dan dialah yang beri nasihat. Keadaan tidak mengizinka­n kerana sebagai keluarga petani mana ada duit untuk belajar di luar negeri. Lagipula situasi ada masa itu, tidak ada biasiswa. Ada juga yang ke Mesir tetapi dengan perbelanja­aan sendiri dahulu. Ustaz Hamdani Omar, bersusah-susah dahulu, berniaga sebelum ke Mesir.

Kemudian saya diterima masuk di Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan belajar bidang antropolog­i dan sosiologi. Ada pensyarah India, saya lupa namanya, bawa tulang dan tengkorak, ikat di pinggang dan minta kami pegang. Dia beritahu sebagai pelajar antropolog­i dan sosiologi, terpaksa

“Bapa saya kembali ke rahmatulla­h ketika saya belajar di England. Itu saat yang paling menyedihka­n. Dalam sepuluh adik beradik, hanya ada dua orang lelaki. Abang saya ketika itu belajar di New Zealand. Saya di England. Bapa sakit.Kami kena suruh balik. Saya balik. Tapi sewaktu sampai di kampung, ayah saya kembali sihat. Selepas seminggu, saya pun balik semula ke UK untuk sambung pengajian. Apabila saya sampai di sana, saya diberitahu bapa sudah meninggal. Saya hanya diberitahu setelah sampai di rumah, sempat duduk minum kopi, barulah saya diberitahu bapa sudah England.” tiada ketika saya dalam perjalanan pulang ke

mengkaji soal berkaitan tengkorak dan sebagainya.

Saya sempat belajar antropolog­i. Selepas dua bulan ada masalah. Saya rasa rugi. Saya terfikir, saya belajar bidang agama sejak dari awal tiba-tiba masuk universiti kaji tengkorak. Akhirnya saya buat permohonan tukar bidang pengajian. Alhamdulil­lah, saya dapat belajar di Akademi Islam di Nilam Puri.Orang yang banyak membantu saya ialahProf Madya Dr Johari Mat.

Saya belajar satu tahun di Akademi Islam di Nilam Puri dan tahun ketiga dan keempat saya belajar di Lembah Pantai.

Walaupun gagal ke Azhar, saya masih menyimpan azam untuk belajar di Azhar di peringkat sarjana. Walaupun saya berjaya mendapat ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama, alhamdulil­lah,namun hasrat ke Mesir tidak kesampaian sebaliknya saya mendapat peluang belajar ke England. UB: Apa prinsip Datuk dalam hidup?

MUFTI: Saya fikir ada dua. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, maksudnya kalau saya mahu, saya akan berhabis atau bersungguh-sungguh untuk mendapatka­nnya.

Kedua, dalam hubungan interperso­nel, saya sentiasa melihat secara positif. Walau sesempit manapun, tetap ada ruang untuk membina nilai positif, walau dalam insiden yang negatif.

UB: Apa hobi Datuk? MUFTI:

Tak ada hobi yang khusus. Sewaktu di universiti dulu, saya suka menulis khat.Itu jadi hobi. Saya suka bernasyid, berlakon drama, membaca puisi dan sebagainya. Boleh dikatakan hobi tiada yang khusus.

Dulu di universiti, saya pernah menjadi penyanyi solo satu grup nasyid. Setiap kali ada program dan kegiatan masyarakat, kami selalu ikut membuat persembaha­n nasyid dan saya selalu tampil sebagai penyanyi solo.

UB: Mungkin ada impian yang belum terlaksana, mungkin Datuk boleh cerita?

MUFTI:

Ada satu impian saya selepas bersara, iaitu membuat satu konsert, yang di dalamnya ada ceramah. Saya berceramah atas tema tertentu, misalnya tema perdamaian, sepuluh minit kemudian, saya menyanyi nasyid seperti lagu Deen

as Salam, lagu Muhamad Thoriq, dan sebagainya. Kemudian sambung lagi dengan ceramah.Selepas itu berlagu lagi dan sebagainya. Itu sekadar impian kerana sesudah bersara, sudah pasti umur sudah tua dan tiada siapa yang mahu menonton.

UB: Terima kasih Datuk kerana sudi memenuhi permintaan kami untuk sesi temubual ini. MUFTI: Terima kasih kembali.

 ??  ?? SAHIBUS samahah Mufti Negeri Sabah, DATUK HAJI USTAZ BUNGSU @AZIZ HAJI JAAFAR dilahirkan di Kampung Pimping Membakut pada 24 Mac 1964.
Beliau adalah anak bungsu dari 10 adik beradik kepada pasangan Haji Jaafar Tapah dan Hajah Dayang Iring Awang Tengah.
Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Pengiran Jaya Pimping sebelum melanjutka­n pelajaran di peringkat Ibtidaiyya­h di Madrasah Al Quran Waddin di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru dari tahun 1976 hingga 1979.
Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di Maahad Johor pada tahun 1980 sehingga mendapat Syahadah Thanawiyya­h pada 1983.
Pada tahun 1984, beliau melanjutka­n pengajian di Fakulti Usuluddin,Akademi Islam Universiti Malaya dari tahun 1984 hingga 1989.
Selepas itu, beliau dilantik sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara UiTM Sabah dan kemudian diserapkan ke jawatan pensyarah tetap di UiTM Shah Alam Selangor.
Ustaz Bungsu melanjutka­n pelajaran di peringkat sarjana di Selly Oak College Universiti Birmingham. Beliau kemudian dipindahka­n ke UiTM Sabah Kampus Menggatal sehingga tahun 2012 apabila beliau dipinjamka­n kepada Kerajaan Negeri dan dilantik sebagai Mufti Negeri Sabah.
SAHIBUS samahah Mufti Negeri Sabah, DATUK HAJI USTAZ BUNGSU @AZIZ HAJI JAAFAR dilahirkan di Kampung Pimping Membakut pada 24 Mac 1964. Beliau adalah anak bungsu dari 10 adik beradik kepada pasangan Haji Jaafar Tapah dan Hajah Dayang Iring Awang Tengah. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Pengiran Jaya Pimping sebelum melanjutka­n pelajaran di peringkat Ibtidaiyya­h di Madrasah Al Quran Waddin di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru dari tahun 1976 hingga 1979. Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di Maahad Johor pada tahun 1980 sehingga mendapat Syahadah Thanawiyya­h pada 1983. Pada tahun 1984, beliau melanjutka­n pengajian di Fakulti Usuluddin,Akademi Islam Universiti Malaya dari tahun 1984 hingga 1989. Selepas itu, beliau dilantik sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara UiTM Sabah dan kemudian diserapkan ke jawatan pensyarah tetap di UiTM Shah Alam Selangor. Ustaz Bungsu melanjutka­n pelajaran di peringkat sarjana di Selly Oak College Universiti Birmingham. Beliau kemudian dipindahka­n ke UiTM Sabah Kampus Menggatal sehingga tahun 2012 apabila beliau dipinjamka­n kepada Kerajaan Negeri dan dilantik sebagai Mufti Negeri Sabah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? UTUSAN BORNEO (UB): Boleh ceritakan sedikit latar belakang Datuk Mufti?
DATUK HAJI USTAZ BUNGSU @AZIZ HAJI JAAFAR (MUFTI):
UTUSAN BORNEO (UB): Boleh ceritakan sedikit latar belakang Datuk Mufti? DATUK HAJI USTAZ BUNGSU @AZIZ HAJI JAAFAR (MUFTI):

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia