Utusan Borneo (Sabah)

Innisfree kini dibuka di VivaCity Megamall

Jenama nombor satu dari Korea Selatan ini tawar produk berteraska­n alam semula jadi

-

KUCHING: Jenama kecantikan nombor satu dari Korea Selatan, Innisfree secara rasmi membuka cawangan pertamanya di bandar raya ini.

Terletak di Lot G-001, Ground Floor, VivaCity Megamall, premis berkenaan juga merupakan cawangan kedai pertama di Malaysia Timur.

Innisfree menawarkan rangkaian produk kecantikan dan kosmetik yang berteraska­n ekstrak alam semula jadi.

Teh hijau, hasil bumi gunung berapi dan tumbuh-tumbuhan asli dari Pulau Jeju dijadikan kandungan utama dalam setiap produk keluaranny­a.

Pengurus Besar Innisfree Malaysia Brand Johnny Nam berkata, membuka cawangan Innisfree di Malaysia Timur merupakanm­atlamatpih­aknya selama ini.

“Aksesibili­ti adalah perkara yang sentiasa kami utamakan. Pembukaan kedai Innisfree di Kuching merupakan satu lagi langkah ke arah aksesibili­ti kami untuk menyediaka­n barisan produk kecantikan ini yang berteraska­n kandungan asli dari Pulau Jeju kepada para pelanggan

“Justeru, kami rasa amat teruja kerana akhirnya kami berjaya membuka cawangan Innisfree di sini,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sempena perasmian itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang telah berusaha untuk memeriahka­n pembukaan besar-besaran kedai Innisfree ke-11 di Malaysia.

Terdahulu, peminat Innisfree di Sarawak terutama sekitar bandar raya ini telah membanjiri pusat beli-belah Vivacity Megamall seawal jam 9.30 pagi semalam bagi mendapatka­n produk jenama kecantikan nombor satu dari Korea Selatan itu selain terdapatny­a promosi khas sempena pembukaan cawangan tersebut.

Mereka (pelanggan) disambutme­sraolehkak­itangan Innisfree lalu dibawa melihat sekitar kedai sambil berkongsi maklumat mengenai beberapa

(Gambar kiri) ANTARA produk kecantikan dan kosmetik yang dijual dan boleh didapati di Innisfree di Vivacity Megamall, Kuching. produk yang disukai ramai termasuk Green Tea Seed Serum, Orchid Enriched Cream, Super Volcanic Pore Clay Mask 2X dan produk jenama MY Foundation yang baharu.

Innisfree melancarka­n kedai pertamanya di Malaysia pada 5 Disember 2014 di Sunway Pyramid dan sejak itu, produk jenama tersebut menjadi sangat popular dalam kalangan rakyat negara ini sekali gus berjaya melebarkan perniagaan­nya ke Selatan (Malaysia), Utara dan sekarang Timur.

Untuk maklumat lanjut mengenai Innisfree dan promosinya, sila layari laman sesawang www.innisfree.com atau facebook (innisfreeM­YS) dan Instagram (innisfree_ malaysia).

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) JOHNNY merakamkan gambar kenangan bersama (dari kiri) Eksekutif Perhubunga­n Awam Innisfree Malaysia Brand Jean Cheak, Pengurus Pemasaran Perdaganga­n Innisfree Malaysia Brand Jimin Han dan Eksekutif Kanan Pemasaran dan Perhubunga­n Awam Innisfree Malaysia Brand Yap Joo Yee semasa pembukaan cawangan kedai Innisfree di Vivacity Megamall, Kuching, semalam.
(Gambar atas) JOHNNY merakamkan gambar kenangan bersama (dari kiri) Eksekutif Perhubunga­n Awam Innisfree Malaysia Brand Jean Cheak, Pengurus Pemasaran Perdaganga­n Innisfree Malaysia Brand Jimin Han dan Eksekutif Kanan Pemasaran dan Perhubunga­n Awam Innisfree Malaysia Brand Yap Joo Yee semasa pembukaan cawangan kedai Innisfree di Vivacity Megamall, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia