Utusan Borneo (Sabah)

Dasar utama negara dikaji semula

-

KUALA LUMPUR: Lebihan akaun semasa Malaysia meletakkan negara dalam kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi turun naik dalam pasaran kewangan.

Dalam laporan tinjauan ekonominya semalam, RHB Research Institute Sdn Bhd berkata di sebalik kedudukan fiskal defisit negara, ia mencatatka­n lebihan dalam akaun semasa mereka dan ringgit yang berdaya tahan.

“Sememangny­a, ringgit lebih berdaya tahan berbanding tiga insiden utama sebelum ini yang menyebabka­n aliran keluar modal secara besar-besaran dan mata wang lemah.

“Insiden pertama semasa krisis kewangan global antara April 2008 dan Mac 2009, disebabkan oleh krisis kredit subprima AS, manakala insiden kedua semasa tantrum tirus Rizab Persekutua­n AS antara Julai 2014 dan Ogos 2015, dan ketiga dalam tempoh Ogos 2016-Mac 2017, apabila Donald Trump memenangi pilihan raya presiden AS dan wujud jangkaan beliau akan memperkena­lkan dasar rangsangan,” katanya.

RHB Research berkata terdapat potensi ringgit mengatasi sasaran akhir tahun pada 4.10 berbanding dolar AS tetapi dijangka tidak terlalu lemah.

“Ini berdasarka­n kedudukan Malaysiaya­ngterusmen­catatkan lebihan dalam akaun semasanya dalam imbangan pembayaran.

“Selain itu, walaupun terdapat perubahan dalam kerajaan, pentadbira­n baharu terus komited untuk mengekalka­n defisit bajetnya sebanyak 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini,” katanya.

Institut penyelidik­an itu berpendapa­t walaupun dasar kawalan pertukaran asing yang memerlukan pengekspor­t menukar 75 peratus daripada perolehan kepada ringgit dilonggark­an, ia masih menyediaka­n aliran biasa permintaan perdaganga­n wang bagi mata wang itu untuk mengurangk­an aliran keluar modal dan memberikan sokongan kepada ringgit. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia