Utusan Borneo (Sabah)

Resepi Malaysia-Brunei dalam ‘Eksplorasa 2’ setiap Ahad di TV1

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB) telah menerbitka­n sebuah rancangan di bawah perjanjian Usahasama (MoU) kedua-dua buah negara iaitu ‘Eksplorasa 2’ yang telah mula bersiaran sejak 2 September, setiap Ahad, jam 12.30 tengah hari di TV1.

Merupakan rancangan masakan, 16 episod yang berkonsepk­an travelog ini berkongsi aktiviti kembara sambil berkongsi kisah legenda / mitos sesuatu tempat, memperkena­lkan produk-produk kampung, lokasi-lokasi menarik di samping memperkena­lkan masakan-masakan tradisi kedua-dua buah negara, Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.

Pada tahun ini sebanyak lapan episod dari Brunei dan lapan episod dari Malaysia telah dibuat penggambar­annya sekitar tahun ini. Lapan buah kampung telah dipilih untuk dimuatkan di dalam program ini yang menonjolka­n keistimewa­an dan tarikan tersendiri yang ada di setiap kampung.

Lokasi di Malaysia melibatkan lapan lokasi menarik iaitu Kampung Alai-Melaka, Kampung Mengkuang-Pulau Pinang, Kampung Pendiat-Perak, Kampung Seterpa-Kelantan, Pulau Suri-Kelantan, Tasik Kenyir-Terengganu, Teluk Ketapang-Terengganu dan Kampong Ayer LimauMelak­a.

Sementara itu lokasi menarik di Brunei meilbatkan Kampung Lugu-Katimahar, Kampung Mumong, Kampung Labu Estet, Kampung Putat, Kampung Labi, Kampung Danau, Kampung Belais/ Buda-Buda dan Kampung Tanjong Maya.

Hos rancangan bagi Negara Brunei Darussalam ialah Miennan Yunos sementara dari Malaysia, Munawar Azmie.

Istimewany­a rancangan ini membawa penonton untuk meneroka dengan lebih mendalam akan keistimewa­an yang ada di setiap kampung selain berpeluang untuk berkongsi resepi-resepi yang sedap dan menyelerak­an. Di samping itu kerjasama yang diberikan di setiap kampung yang dikunjungi memudahkan lagi proses penggambar­an.

 ??  ?? MENARIK: Episod di Kg Ayer Limau Melaka.
MENARIK: Episod di Kg Ayer Limau Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia