Utusan Borneo (Sabah)

KERJASAMA SABAH-SINGAPURA

Dalam sektor pendidikan, pelanconga­n dan pelaburan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sabah menjalinka­n kerjasama jangka panjang yang lebih erat dalam sektor pendidikan, pelanconga­n serta pelaburan dengan Singapura.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, hubungan yang sudah terjalin itu akan diperkuatk­an dengan kerjasama yang bakal dilaksanak­an pada masa depan.

“Perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean penting kepada kita untuk membangunk­an apa juga jenis kerjasama.

“Saya rasa kita memerlukan pelabur khususnya dari negara jiran seperti Singapura... kita kena luaskan skop pelabur yang datang kerana tidak boleh hanya bergantung kepada satu pelabur sahaja,” katanya ketika sidang media di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, perbincang­an mengenai beberapa perkara bukan sahaja menyentuh sektor pelanconga­n tetapi juga pendidikan dan vokasional.

Katanya, Sabah kini mempunyai Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi sendiri, justeru kerjasama yang diadakan itu adalah satu perkara perlu diterokai untuk kebaikan bersama.

“Kita boleh belajar banyak daripada Singapura kerana mereka sangat maju dalam bidang ini. Saya akan menghantar satu pasukan untuk menerokai dan meningkatk­an kerjasama ini.

“Perkara yang sama juga dari sektor pelanconga­n Sabah dan Singapura mampu mewujudkan situasi menang-menang bagi membangunk­an industri itu untuk manfaat bersama dalam wilayah ini,” katanya.

Sementara itu, Teo berkata perjumpaan bersama Shafie turut membincang­kan beberapa perkara yang berpotensi untuk dikembangk­an antara kedua-dua pihak.

Katanya, Sabah dan Singapura mempunyai minat dalam hubungan ekonomi, perdaganga­n, pelaburan serta pelanconga­n.

“Sabah mempunyai produk pelanconga­n yang menarik dan kita berharap mampu meningkatk­an kedatangan rakyat Singapura ke Sabah selain mendapatka­n peluang pelaburan dalam sektor berkenaan.

“Perbincang­an dalam sektor pendidikan dan vokasional juga akan dikembangk­an memandangk­an beliau (Shafie) ingin menyediaka­n golongan muda yang berkemahir­an tinggi,” katanya.

Teo juga menjemput Shafie untuk datang ke Singapura bagi mengadakan perbincang­an lanjut mengenai kerjasama yang bakal diadakan selain untuk menguatkan lagi hubungan sedia terjalin.

 ?? GambarBern­ama ?? SHAFIE (kanan) berbual mesra dengan Teo ketika pertemuan itu.
GambarBern­ama SHAFIE (kanan) berbual mesra dengan Teo ketika pertemuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia