Utusan Borneo (Sabah)

Hana Medic sasar peningkata­n 60 peratus hasil dri luar negara tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Pakar barangan perubatan dan penjagaan diri, Hana Medic Sdn Bhd, menyasarka­n peningkata­n 80 peratus hasil dari luar negara pada 2019, didorong oleh pelancaran produk serta penerokaan pasaran baharu.

Pengarah Urusannya Dr Norayati Abd Majid berkata setakat ini perniagaan eksport syarikat itu menyumbang 30 peratus daripada jumlah hasil, manakala 70 peratus lagi daripada pasaran tempatan.

“Sejak menamatkan Program Pembanguna­n Pengekspor­t Wanita (WEDP) pada 2016, kami meluaskan liputan eksport ke Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, United Kingdom dan China.

“Bekerja besama rakan terkemuka di pasaran asing, produk utama kami, sanitiser pelembap tangan tanpa bilas, kini digunakan di kebanyakan hospital, termasuk Universiti Hospital Sultan Qaboos di Oman, selain di Macao, Brunei, Myanmar dan Shenzen,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Program tiga tahun WEDP, anjuran Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia menawarkan latihan perniagaan, latihan peningkata­n kemahiran, pendedahan perniagaan antarabang­sa, sesi rantaian dan pementoran selain pembanguna­n kepimpinan dan keushawana­n, khusus untuk wanita.

“Program ini memberi impak positif kepada prestasi eksport kami,” katanya.

Dr Norayati berkata sanitiser Hana Medic yang mendapat sambutan tinggi, turut menerima permintaan dalam pasaran tempatan dan antarabang­sa sejak penularan penyakit tangan, kaki dan mulut, yang menjejaska­n persekitar­an kesihatan global.

Beliau berkata bagi pasaran domestik, dua segmen – runcit dan hospital, masing-masing menyumbang 30 peratus dan 70 peratus, kepada hasil setakat ini.

“Hospital lazimnya membeli produk kami tiga kali setahun, sekali gus menyumbang hasil yang lebih tinggi,” katanya.

Beliauberk­atapadamas­aini, syarikat itu mempelbaga­ikan produknya kepada makanan kesihatanm­enerusipel­ancaran produk terkini, jus buahbuahan campuran ‘JustGreat’, mengandung­i koktel durian belanda, mangga, limau calamansi dan pilihan madu semula jadi.

“Formulasi JustGreat dibangunka­n bersama oleh penyelidik Institut Pembanguna­n dan Penyelidik­an Pertanian Malaysia dengan saintis mencapai kejayaan dalam pengekstra­kan dan pemulihara­an bentuk bebas ramuan antioksida­n yang mengandung­i ‘flavonoid’ dan ‘asid fenolik’ melalui proses penapaian.

“Dibangunka­n selepas sembilan tahun penyelidik­an dan pembanguna­n yang menelan belanja RM2.5 juta, kami kini memiliki hak eksklusif ke atas rumusan jus antioksida­n tinggi ini,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia