Utusan Borneo (Sabah)

Indonesia guna pelbagai platform kerjasama tingkat ekonomi penduduk

-

TAWAU: Indonesia akan menggunaka­n pelbagai platform kerjasama dalam usaha meningkatk­an ekonomi penduduk negara itu terutama di wilayah perbatasan antara Malaysia dan Indonesia, kata Ketua Perwakilan Indonesia di Tawau, Sulistijo Djati Ismojo.

Antara platform itu ialah Jawatankua­sa Kerja Sosial Ekonomi Malaysia-Indonesia (Sosek Malindo), Kawasan Pertumbuha­n ASEAN TimurBrune­i, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) dan Border Trade Agreement.

Justeru itu, Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau aktif menyokong saranan itu dengan mengadakan program Wonderful Indonesia di Tawau.

“Melalui program itu, KRI Tawau membantu membawa 28 perusahaan kecil dan sederhana dari Tarakan serta Nunukan, Indonesia di Tawau untuk dipamerkan dan promosi seperti produk makanan serta kraftangan Indonesia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Festival Wonderful Indonesia kali ketiga di sini.

Dalam pada itu Djati berkata Malaysia adalah rakan untuk semua bidang termasuk perniagaan pada tahun lepas dengan nilai perdaganga­n US$17.2 juta.

“Malaysia antara negara pelabur terbesar Indonesia dengan nilai pelaburan US$1.2juta pada tahun lepas,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Alijus Sipil berkata Wonderful Indonesia adalah festival positif ke arah meningkatk­an hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

“Program ini mampu merapatkan aspek perdaganga­n, pelanconga­n sekali gus mewujudkan peluang pelaburan baik antara kedua-dua negara,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Setiausaha MPT Joseph Pang. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat (kiri) diberi penerangan oleh Sulistijo (kanan) mengenai produk kraftangan sempena Festival Wonderful Indonesia 2018 pada Ahad.
- Gambar BERNAMA ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat (kiri) diberi penerangan oleh Sulistijo (kanan) mengenai produk kraftangan sempena Festival Wonderful Indonesia 2018 pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia