Utusan Borneo (Sabah)

Kes bunuh CEO Cradle Fund : Dua anak tirinya ditahan polis

-

KUALA LUMPUR: Dua remaja yang merupakan anak tiri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran Jun lepas, ditahan polis bagi membantu siasatan terhadap kes bunuh ayah tiri mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahka­n penahanan kedua-dua remaja berkenaan ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Beliau berkata kedua-dua remaja lelaki yang masingmasi­ng berusia 14 dan 16 tahun itu ditahan semalam di Taman Tun Dr Ismail kira-kira 4 petang.

Fadzil berkata permohonan reman ke atas kedua-dua suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Khamis lalu, media melaporkan dua remaja lelaki yang masih bersekolah itu ditahan bagi membantu siasatan kematian Nazrin selepas pemeriksaa­n forensik menemui dua lubang pada lehernya kesan daripada anak panah.

Menurut laporan itu lagi, kedua-duanya ditahan selepas soal siasat ke atas ibu mereka yang ditahan terlebih dahulu mendapati mereka mempunyai kemahiran dalam sukan memanah.

Bagaimanap­un, sebelum ini Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menafikan laporan penahanan itu dan memaklumka­n jumlah tangkapan masih kekal dua orang.

Pada 4 Sept lepas, polis menahan balu Nazrin dan bekas suaminya, masingmasi­ng berusia 43 tahun, bagi membantu siasatan kes itu sebelum mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Namun, tiga hari kemudian, polis membebaska­n lelaki itu di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya.

Pada3Ogos,Fadzildila­porkan sebagai berkata kes kematian Nazrin diklasifik­asikan sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba menemui kesan petrol di lokasi kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia