Utusan Borneo (Sabah)

Luar bandar terus diberi perhatian

Terutama penyediaan prasarana demi kesejahter­aan rakyat

-

KEMABONG: Kerajaan akan tetap memberi perhatian dan keutamaan kepada sektor luar bandar terutamany­a dalam penyediaan­prasaranau­ntuk kesejahter­aan rakyat.

Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kerajaan mahu kawasanlua­rbandardij­adikan kawasan pertumbuha­n ekonomi baharu untuk rakyat dan tidak kekal pada tahap sedia ada seterusnya mengurangk­an penghijrah­an generasi muda dari kawasan luar bandar.

“Masyarakat luar bandar penting untuk negara, masyarakat luar bandar menjana hasil pengeluara­n seperti pertanian, perikanan dan bahan diperlukan rakyat, sektor luar bandar ada potensi istimewa,”katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke beberapa buah kampung antaranya Kg. Skim Kuala Tomani, Kg. Manas, Kg. Enubai, dan Kg. Paal Sebrang dalam kawasan DUN Kemabong baru baru ini.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, penduduk luar bandar memiliki keupayaan menjana pendapatan sendiri terutamany­a pengeluara­n produk pertanian dan lain lain perkhidmat­an yang boleh menjana pendapatan tinggi.

“Bagi membolehka­n semua hasil ini dapat dikeluarka­n dan dipasarkan sudah tentu keutamaan kita mempastika­n kemudahan asas seperti sistem jalanraya, jambatan, bekalan air dan api dapat kita sediakan untuk kemudahan mereka,” katanya.

Tambah Jamawi beliau sendiri akan sentiasa turun padang melihat keperluan ini dan mengambil tindakan sewajarnya di mana keperluan asas utama yang diutamakan termasukla­h bantuan yang bolehdised­iakanolehk­erajaan kepada golongan yang benar benar memerlukan­nya.

“Selain pegawai, saya sendiri akan sentiasa turun padang bagi mempastika­n masalah rakyat diketahui dan apa saja bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan akan sampai ke kumpulan sasaran,” katanya.

Dalam perkembang­an yang sama Jamawi turut memaklumka­n pihak SESB telah pun meluluskan perlaksana­an lampu jalan kampung di mana Kg. Amboi, Chinta Mata, Bukit, Angan-Angan, Pantungan Sapong, Mansasoh, Sungai Api, Sumandalom, Sungai Paal, Bamban, Papuas dan Kg. Laman bakal menikmati kemudahan tersebut selewat lewatnya pengujung tahun ini

“Ketika ini pihak teknikal SESB sudah pun melakukan lawatan ke tapak tapak cadangan lampu jalan kampung bakal didirikan dan selepas ini kerja kerja pemasangan akan dimulakan,” katanya.

“Bagi membolehka­n semua hasil ini dapat dikeluarka­n dan dipasarkan sudah tentu keutamaan kita mempastika­n kemudahan asas seperti sistem jalanraya, jambatan, bekalan air dan api dapat kita ” sediakan untuk kemudahan mereka JAMAWI JAAFAR Wakil Rakyat Kemabong

 ??  ?? MELIHAT kerosakan jalan masuk ke SK Baru Jumpa.
MELIHAT kerosakan jalan masuk ke SK Baru Jumpa.
 ??  ?? JAMAWI dipeluk penduduk ketika melakukan ziarah di Kg. Enubai dalam kawasan DUN Kemabong.
JAMAWI dipeluk penduduk ketika melakukan ziarah di Kg. Enubai dalam kawasan DUN Kemabong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia