Utusan Borneo (Sabah)

AMK Sarawak sokong padu Najwan sebagai Ketua AMK

-

KUCHING: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak menolak calon ketua mereka yang berpuak-puak demi masa depan parti yang lebih kukuh.

Ketua AMK Santubong Haziq Abdul Aziz berkata, berteraska­n prinsip itu, AMK Sarawak akan memberi sokongan padu kepada calon Ketua AMK Najwan Halimi sebagai ketua baharu pergerakan pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kita tidak mahu pemuda yang terikat dengan kabilahkab­ilah tertentu, tetapi mahu pergerakan yang insklusif.

“Jika ahli-ahli pemuda mempunyai kabilah-kabilah, bagaimanah­endakberge­rakke hadapan. Apa-apa keputusan terpaksa ikut orang atasan,” katanya ketika ditemui pada majlis Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ahli-ahli PKR di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, Najwan mempunyai visi yang jelas iaitu menyatupad­ukan ahliahli AMK seluruh negara dengan slogan sepakat membawa berkat.

Pergerakan pemuda jelasnya, perlu berada di barisan hadapan demi memastikan kelangsung­an parti.

Malah, pemuda perlu bergerak proaktif membantu jentera parti terutama pada pilihan raya bagi memastikan kemenangan caloncalon­nya.

Beliau memberi contoh AMK Sarawak yang sebelum ini kelihatan begitu lemah terutama dalam menggerakk­an jentera pilihan raya.

“AMK Sarawak sangat lemah, organisasi yang tidak ada disiplin dan tidak terlatih sehingga jentera pilihan raya pun tidak ada.

“Ini berpunca daripada pimpinan pemuda yang lemah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia