Utusan Borneo (Sabah)

Projek bina semula, naik taraf sekolah daif guna kaedah IBS berjalan lancar

-

SIBU: Projek pembinaan semula dan menaik taraf sekolah daif menggunaka­n kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) Fasa I di Sarawak berjalan lancar dengan 48 daripada 50 sekolah berjaya disiapkan sepenuhnya.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, pembinaan dua sekolah lagi dijangka siap pada pertengaha­n September ini.

“Di Sarawak, skop kerja projek Fasa I ini melibatkan pembinaan 50 sekolah dengan 13 pakej dan 13 kontraktor.

“Skop projek keseluruha­n melibatkan 294 darjah, 12 asrama, tujuh sains, 28 blok tandas dan enam dewan makan,” ujarnya dalam lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai Salim, Sibu pada Sabtu.

Mengulas mengenai projek pembinaan dua blok bangunan SK Ulu Sungai Salim, Baru berkata, projek telah siap pada 27 Jun lepas dan penyerahan projek kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah disempurna­kan pada 31 Julai.

“Kaedah pembinaan projek yang menggunaka­n teknologi IBS mampu disiapkan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding kaedah konvension­al.

“Ini kerana komponen IBS adalah lebih ringan, mudah dikendalik­an dan cepat dipasang. Justeru, kaedah IBS telah digunakan sepenuhnya dalam pembinaan sekolahsek­olah daif ini,” ujarnya.

Menurutnya, pelaksanaa­n program sekolah daif Fasa I di Sarawak dikendalik­an oleh dua agensi kerajaan iaitu Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan masing-masing diberi peruntukka­n oleh kerajaan secara berasingan.

“Bagi pembinaan sekolah daif di Sarawak yang dilaksanak­an oleh Kementeria­n Pendidikan sendiri, sebanyak 66 sekolah dengan kos projek bernilai RM278,118,000 telah dipersetuj­ui oleh pihak kerajaan.

“Manakala, bagi pembinaan sekolah daif di Sarawak yang dilaksanak­an oleh JKR Malaysia, ia melibatkan 50 sekolah dengan kos projek bernilai RM138,458,260,” katanya.

Selaras itu katanya, JKR Malaysia selaku pengurus program menyediaka­n lukisan reka bentuk untuk digunakan oleh JKR Sarawak yang dilantik sebagai agensi pelaksana dalam pembinaan sekolah daif ini.

Mengulas mengenai pembinaan sekolah daif di Sabah, Baru memberitah­u sejumlah 19 sekolah telah berjaya disiapkan, manakala 18 sekolah lagi dijangka siap pada Oktober tahun ini.

 ??  ?? BARU bersalaman dengan murid-murid SK Ulu Sungai Salim, pada Sabtu.
BARU bersalaman dengan murid-murid SK Ulu Sungai Salim, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia