Utusan Borneo (Sabah)

180 sertai Konvoi Merdeka Jalur Gemilang Extra Langkawi

-

LANGKAWI: Semangat patriotism­e dan cintakan tanah air berterusan disemarakk­an oleh Jabatan Penerangan (JaPen) menerusi konvoi ‘Kembara Merdeka Jalur Gemilang Extra’ (KMJG Extra) di sini, pada Ahad.

KMJG Extra melibatkan 180 peserta konvoi 42 buah kenderaan pacuan empat roda dari Kumpulan Landy Lover Utara dan sebuah bas itu diketuai Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman. Jumlah tersebut termasuk 21 peserta Kembara Media 2018 dari 15 agensi media seluruh negara.

Ibrahim berkata objektif program adalah untuk menyemarak­kan lagi semangat patriotism­e, cintakanne­garadanmem­upuk perpaduan.

“KMJG Extra adalah kesinambun­gan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 yang telah menjelajah ke seluruh pelosok negara bermula 5 Julai sehingga 31 Ogos,” katanya kepada media.

Antara lokasi persinggah­an konvoi kali ini adalah Discovery Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang danSekolah­Kebangsaan­Kuala Triang dimana para peserta turut sama bergotong-royong mengadakan kenduri bersama penduduk kampung.

Peserta juga dibawa ke beberapa lokasi tumpuan orang ramai seperti Pekan Rabu, Dataran Underwater World, Pantai Chenang dan Galeria Perdana untuk mengagihka­n lebih seribu unit Jalur Gemilang.

Ibrahim berkata penyertaan media dalam program Kembara Media 2018 bermula 8 -11 Sept dapat membantu mempromosi pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan di pulau itu.

Program empat hari tajaan Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) itu antara lain turut mempromosi lokasi pelanconga­n baharu di situ.

“LADA bakal menjadi tuan rumah kepada Persatuan Pengembara­an Asia Pasifik (PATA) Travel Mart 2018 pada 12-14 Sept.

“Kehadiran media dapat menyebarka­n maklumat mengenai tarikan pelanconga­n di sini dan membantu kepada promosi acara bertaraf antarabang­sa itu yang menghimpun­kan lebih 3,000 pemain industri pelanconga­n seluruh dunia. Ia dijangka dapat melonjakka­n ekonomi industri pelanconga­n tempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia