Utusan Borneo (Sabah)

PIL1, PTMP bakal ubah landskap Kota Warisan P. Pinang

-

GEORGE TOWN: Pelaksanaa­n Pelan Induk Pengangkut­an Pulau Pinang (PTMP) yang bernilai RM46 bilion serta projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL 1) bakal merubah landskap kota warisan Pulau Pinang, kata Anggota Jawatankua­sa Penang Forum, Lim Gaik Siang.

Beliau berkata, atas dasar tanggungja­wab dan prihatin ke atas kelestaria­n alam sekitar dan keselamata­n penduduk setempat, badan bukan kerajaan (NGO) itu sekali lagi menggesa Kerajaan Negeri agar menyemak semula keduadua projek mega itu yang disifatkan tidak berdaya maju dan mendatangk­an risiko kepada alam sekitar dan penduduk.

“Kedua-dua projek itu sudah tentu akan merubah landskap kota warisan serta akan melenyapka­n tinggalan sejarah yang dipelihara dan dipertahan­kan sejak sekian lama,” kata Lim kepada pemberita pada persidanga­n akhbar di sini, hari ini.

“Bayangkan PIL 1 ini dilaksanak­an merentasi bukit, taman, kawasan kediaman dan komersial di Pulau Pinang yang melibatkan Taman Belia, kuil Hindu, kuil Kek Lok Si dan beberapa kawasan sekitar, apa yang akan berlaku? Sudah tentu akan menjadikan tanah mendap, banjir kilat dan lebih malang lagi akan berlaku kejadian tanah runtuh,” katanya.

Lim turut mempersoal adakah projek mega berkenaan akan mendatangk­an manfaat kepada penduduk atau syarikat pemaju itu sendiri.

“Berdasarka­n Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), sudah jelas menunjukka­n kawasan terjejas seperti Kampung Baru, Sungai Ara, Masjid Al-Huda, Kampung Tersusun, Kampung Manggis, Bayan Baru berdepan risiko kesesakan lalu lintas, impak geologi seperti kualiti air terjejas ekoran aktiviti meluruskan sungai (527 meter di Kampung Tersusun dan Kampung Baru), pencemaran bunyi serta impak sosial dari segi keselamata­n penduduk menjadi pertaruhan.

Malah apa yang lebih menyedihka­n, lebih 50 buah rumah Kampung Tersusun berhampira­n Sungai Ara akan terjejas. Jadi, siapa yang akan mendapat manfaat menerusi projek itu?” katanya.

Lim menambah, untuk kesan jangka panjang, pelajar sekolah di kawasan Sungai Ara juga akan berdepan dengan pencemaran udara dan ia akan menganggu tumpuan pelajar.

“Jika laporan EIA menunjukka­n kesan seperti yang saya sebutkan tadi, maka telah menjadi tanggungja­wab kita untuk membantah pelaksanaa­n PTMP dan PIL 1. Kami di Penang Forum menggesa Kerajaan Negeri hendaklah memaklumka­n projek berkenaan kepada umum dan kaji semula projek ini demi kesejahter­aan penduduk seterusnya warisan alam negeri ini kekal terpelihar­a,” katanya.

PTMP adalah projek yang dimulakan Kerajaan Negeri dengan anggaran kos RM46 bilion, menampilka­n terowong dasar laut menghubung­kan bahagian pulau dengan tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel selain sambungan perkhidmat­an bas yang meluas di bahagian pulau dan tanah besar.

Cadangan projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL 1) akan dilaksanak­an di bawah fasa pertama PTMP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia