Utusan Borneo (Sabah)

Anak Sarawak dinobatkan Miss World Malaysia 2018

-

KUCHING:Anak kelahiran Sarawak, Larissa Ping dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2018 selepas mengetepik­an 11 peserta lain pada pertanding­an akhir di sini, Sabtu malam.

Gadis berusia 19 tahun itu menerima mahkota kejuaraan daripada juri, Nabila Huda dan Carmen Soo serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, trofi dan lain- lain hadiah sampingan.

Selain itu, Larissa turut memenangi anugerah ‘Top Talent’ dan Ratu Fotogenik pada majlis di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.

Beliau akan mewakili Malaysia pada peraduan edisi ke-68 Miss World 2018 di Sanya, China pada 8 Dis ini.

Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Naomi Sim, 26, dari Sarawak dan Shennon Jade, 24, dari Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka masingmasi­ng membawa pulang wang tunai RM5,000 dan RM3,000 beserta trofi dan jambangan bunga.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika, berucap pada majlis itu, berkata pemenang Miss World Malaysia 2018 bakal menjadi Duta Pelanconga­n untuk negeri Sarawak pada tahun hadapan.

“Saya percaya melalui acara yang berprestij ini, sebagai pemenang anda mampu membantu mempromosi­kan negeri Sarawak di persada dunia sekali gus meningkatk­ankan industri ekopelanco­ngan di negeri ini,” katanya.

“Acara ini adalah acara dunia, berjuta penonton di dunia bakal menyaksika­nnya, saya berasa bangga Sarawak dipilih sebagai salah satu lokasi pilihan untuk penganjura­n acara berprestij ini,” katanya.

Pertanding­an bertemakan ‘Beauty with a Purpose’ itu turut menyaksika­n perebutan gelaran sampingan lain iaitu ‘People Choice’ dan ‘Top Model’ dimenangi peserta Sarawak, Francisca Luhong James, ‘Miss Personalit­y’ (Zane Wong, Kuala Lumpur) dan peserta Kuala Lumpur, Shannon Jade memenangi gelaran ‘Miss Elegance’. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia