Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat Panel Penasihat Program

Mampu lahir graduan idaman industri

-

KOTA KINABALU: Mesyuarat Panel Penasihat Program Politeknik Kota Kinabalu yang diadakan setiap tahun, mampu melahirkan lebih ramai graduan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan industri masa kini.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Zainab Othman berkata mesyuarat ini merupakan platform terbaik bagi semua panel penasihat program yang dilantik institusi ini, untuk menyumbang­kan idea dan cadangan penambahba­ikan bagi memastikan sistem pengajaran dan pembelajar­an yang disediakan adalah relevan, berkualiti serta menepati keperluan pihak industri.

“Dengan cabaran baharu seperti Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0), kita perlu melakukan perubahan seiring dengan transforma­si digital tersebut untuk kekal berdaya saing,” katanya.

“Justeru Mesyuarat Panel Penasihat Program yang diadakan pada pagi ini amat bertepatan bagi mengenalpa­sti keperluan dan penambahba­ikan dalam sistem pengajaran dan pembelajar­an sedia ada, selaras dengan peredaran masa dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh badan-badan akreditasi seperti MQA,” tambahnya.

Beliau berkata demikian semasa pembukaan Mesyuarat Panel Penasihat Program Politeknik Kota Kinabalu kali

“Dengan cabaran baharu seperti Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0), kita perlu melakukan perubahan seiring dengan transforma­si digital tersebut untuk kekal berdaya saing.

ZAINAB OTHMAN Pengarah Politeknik Kota Kinabalu

ke-5 di sini baru-baru ini.

Menurut Zainab, jalinan kolaborasi yang termeterai bersama beberapa industri tempatan dan di Semenanjun­g Malaysia, telah memainkan peranan penting dalam membantu pembentuka­n program-program sedia ada di institusi ini.

“Sehingga kini kita telah mempunyai jalinan kolaborasi bersama 73 industri di seluruh negeri Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

“Terdapat 30 lagi jalinan industri pelbagai bidang yang bakal dilaksanak­an pada 13 Oktober akan datang,” katanya.

Menurut beliau, jalinan kolaborasi juga memainkan peranan dalam peningkata­n kebolehpas­aran graduan Politeknik Kota Kinabalu khususnya, di mana pada tahun ini (2017) terdapat peningkata­n pada kadar kebolehpas­aran graduan iaitu pada 94.72 peratus berbanding 93.5 peratus pada tahun 2017.

“Ini bermakna kita sedang berada di landasan yang betul dan akan terus berusaha untuk melahirkan lebih graduan yang berdaya saing dengan bantuan pihak industri,” katanya lagi.

Seramai 30 wakil industri yang telah dilantik selaku panel penasihat kepada 17 program pelbagai bidang sedia ada di Politeknik Kota Kinabalu. Setiap panel daripada pelbagai latarbelak­ang dilantik bagi tempoh tiga tahun.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pengarah Akademik Norhanom Awang, Ketua Jabatan Kejurutera­an Mekanikal Abdul Razak Mohd. Daim serta ketuaketua program dan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu.

 ??  ?? ZAINAB (duduk empat dari kanan) bersama-sama panel penasihat daripada industri serta ketua-ketua jabatan dan pensyarah yang terlibat.
ZAINAB (duduk empat dari kanan) bersama-sama panel penasihat daripada industri serta ketua-ketua jabatan dan pensyarah yang terlibat.
 ??  ?? WAKIL Sutera Harbour Resort, Hendry Herman menerima sijil pelantikan selaku Penasihat Program Pengurusan Hotel daripada Zainab.
WAKIL Sutera Harbour Resort, Hendry Herman menerima sijil pelantikan selaku Penasihat Program Pengurusan Hotel daripada Zainab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia