Utusan Borneo (Sabah)

113 kontinjen sertai Sambutan Hari Malaysia Peringkat Labuan

-

LABUAN: Sebanyak 113 buah kontinjen akan mengambil bahagian dalam Sambutan Hari Malaysia Peringkat W.P Labuan yang bakal berlangsun­g pada 16 September ini di Dataran Labuan.

Menteri Wilayah Persekutua­n Haji Khalid Samad akan merasmikan sambutan tersebut yang bermula jam 6 hingga 11 pagi berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad dalam Sidang Media sambutan tersebut di Wisma PL petang Jumaat lepas berkata, kontinjen perbarisan ini terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, pasukan beruniform, kampung-kampung dan badan bukan kerajaan.

“Daripada 113 kontinjen yang menyertai, anggaran lebih 80 kontinjen akan berkawad kaki manakala lebih 21 kontinjen kenderaan bermotor akan membuat lintas hormat pada hari tersebut,” katanya.

Terdapat tiga segmen yang akan dijalankan iaitu acara perbarisan, ucapan perasmian daripada Menteri Wilayah Persekutua­n dan persembaha­n padang iaitu bacaan puisi daripada kanak-kanak tadika, bacaan ikrar daripada pelajar sekolah dan nyanyian lagulagu patriotik.

“Pihak kami juga akan mengatur acara lintas hormat daripada pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memeriahka­n lagi sambutan Hari Malaysia pada tahun ini,” tambahnya lagi.

Beliau turut meminta agar warga Labuan turut hadir beramai-ramai ke Dataran Labuan bagi memeriahka­n lagi sambutan itu.

Beliau berharap agar semua agensi kerajaan, agensi swasta dan penduduk kampung untuk terus mengibarka­n Jalur Gemilang.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PL Fadzilah Mahmud, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Supian Musa serta Pengarah Jabatan Pelanconga­n PL Mahathir Abd Hamid.-Penerangan

Labuan

 ??  ?? AZHAR (tengah) pada sidang media tersebut bersama dengan Fadzilah (kanan) dan Supian (kiri).
AZHAR (tengah) pada sidang media tersebut bersama dengan Fadzilah (kanan) dan Supian (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia