Utusan Borneo (Sabah)

Program komuniti beri manfaat kepada 50 pesakit katarak di Sibu

-

SIBU: Seramai 50 pesakit katarakdiS­ibubakalme­njalani pembedahan hasil bantuan Kelab Rotary Sarikei, Kelab Rotary Sibu dan Yayasan CIMB menerusi ‘Rotary Brings Vision To Sibu.’

Menerusi projek komuniti tersebut, para pesakit akan menjalani pembedahan katarak menerusi penggunaan Intraocula­r Lenses (IOLs).

Pengurus CIMB Bank Cawangan Sarikei Normah Edueng berkata, Yayasan CIMB menyumbang sejumlah RM45,000untukme­njalankan projek tersebut.

“Ini tahun kedua kita bekerjasam­a untuk memberi sumbangan kepada komuniti khususnya dalam program katarak di Sarawak.

“Projek komuniti yang dijalankan di seluruh negeri telah memanfaatk­an ribuan rakyat Malaysia yang memerlukan­nya.

“Kita telah mengenal pasti Sabah dan Sarawak mencatatka­n jumlah pesakit tertinggi dan kini kita berada di sini untuk memenuhi keperluan komuniti,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung berterima kasih kepada Kelab Rotary Sarikei, Kelab Rotary Sibu dan Yayasan CIMB atas keprihatin­an mereka membantu golongan yang memerlukan.

“Projek komuniti ini umpama memberi sinar harapan kepada para pesakit katarak khususnya mereka daripada golongan berpendapa­tan rendah.

“Diharapkan program ini bukan hanya permulaan dan akan diteruskan pada masa akan datang untuk memberi manfaat mereka yang memerlukan­nya,” ujarnya.

Hadir sama Gabenor Rotary Antarabang­sa Daerah 3310 Henry Tan, Presiden Kelab Rotary Sibu Fabian Ling dan Presiden Kelab Rotary Sarikei Chieng Tiong Tong.

 ??  ?? HENRY (empat kiri) melakukan simbolik penyerahan program komuniti kepada Dr Ngian (empat kanan) sambil diperhatik­an oleh Normah (tiga kiri) serta yang lain.
HENRY (empat kiri) melakukan simbolik penyerahan program komuniti kepada Dr Ngian (empat kanan) sambil diperhatik­an oleh Normah (tiga kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia