Utusan Borneo (Sabah)

Terus utuh bersama RELA di bawah kepimpinan baharu: Awis

-

SIBU: Seluruh warga Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) di sini diseru agar terus aktif bersama jabatan meskipun dengan kepimpinan yang baharu.

Pegawai RELA Daerah (PRD) Sibu Awis Adenan berkata, ini perlu bagi memastikan semangat berjuang dalam RELA terus utuh.

“Saya ingin menyeru warga RELA agar terus aktif bersama RELA selepas ini walaupun siapa juga yang akan memimpin RELA Sibu selepas ini.

“Ini kerana semangat perjuangan itu perlu diteruskan kerana perjuangan kita belum selesai,” ujarnya ketika berucap pada Program Hari Keluarga RELA Tanjung Penasu/Batu Burak 2018 di Kampung Budaya Mini 1 Malaysia, semalam.

Program yang dihadiri lebih 60 ahli RELA Tanjung Penasu/ Batu Burak dan kawasan sekitar itu juga sempena dengan persaraan Awis.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Dato Sri Wong Soon Koh Andrew Shilling, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut, Ketua Perhubunga­n RELA Kawasan (KPRK) Tanjung Penasu/Batu Burak Winston Suji serta Ahli Lembaga Perkhidmat­an Komuniti UPP Sibu Andrew Ting.

Dalam pada itu, Awis memuji warga RELA Tanjung Penasu/ Batu Burak yang mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan pemimpin tempatan.

“Ini menjadikan RELA Tanjung Penasu/Batu Burak amat unik kerana mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan juga pemimpin masyarakat setempat,” jelasnya.

Beliau yang pernah berkhidmat di Sabah dan Pakan sebelum ini turut menyeru anggota RELA agar terus memberi sokongan kepada Winston selaku KPRK Tanjung Penasu/Batu Burak.

“Terus berikan kerjasama kepada KPRK dan pemimpin masyarakat agar kita terus kekal dalam satu kelompok,” ujarnya sambil memberitah­u RELA Sibu kini mempunyai kekuatan seramai 28,957 orang.

Sementara itu, Winston dalam ucapannya berterima kasih kepada Awis yang telah banyak membantu dalam penubuhan RELA Tanjung Penasu/Batu Burak.

RELA Tanjung Penasu/Batu Burak katanya, ditubuhkan pada 19 Ogos 2016 dengan kekuatan 100 ahli.

“Kini keanggotan kita telah bertambah lebih 300 orang,” ujarnya.

 ??  ?? WINSTON (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Awis (tengah) selepas merasmikan Program Hari Keluarga RELA Tanjung Penasu/Batu Burak 2018.
WINSTON (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Awis (tengah) selepas merasmikan Program Hari Keluarga RELA Tanjung Penasu/Batu Burak 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia