Utusan Borneo (Sabah)

Ahli farmasi galas peranan amat penting

Kepakaran mereka perlu dalam menyediaka­n ubat betul dan dos tepat kepada pesakit

-

Pesakit ke farmasi sebenarnya ingin mendapatka­n ubat-ubatan dengan dos dan formulasi yang tepat, sebab itu amat penting ahli farmasi mempunyai kepakaran dalam ubat-ubatan. ABU HASSAN ALSHAARI ABDUL JABAR Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)

MIRI: Ahli-ahli farmasi memainkan peranan yang amat penting dalam menyediaka­n ubat-ubatan yang betul dengan dos tepat kepada pesakit.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Abu Hassan Alshaari Abdul Jabar berkata, mereka menentukan dos yang sebenar mengikut keperluan pesakit.

“Pesakit ke farmasi sebenarnya­inginmenda­patkan ubat-ubatan dengan dos dan formulasi yang tepat, sebab itu amat penting ahli farmasi mempunyai kepakaran dalam ubat-ubatan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Hari Farmasi Sedunia 2018 mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak di Miri, pada Sabtu.

Selain menarik perhatian terhadap farmasi serta faedah-faedah positif yang ditawarkan dalam bidang kesihatan, Abu Hassan berkata, fokus sambutan itu turut diberikan kepada pengambila­n antibiotik.

“Pengambila­n antibiotik di Malaysia semakin meningkat danpesakit­bolehmenda­patkan khidmat nasihat dari farmasi yang bertauliah,” jelasnya.

Sambutan Hari Farmasi Sedunia telah diputuskan oleh Kongres Persekutua­n Farmaseuti­kal Antarabang­sa (FIP) pada mesyuarat di Istanbul, Turki pada 2009.

FIP juga katanya, mengumumka­n tema yang berbeza setiap tahun supaya syarikat bersekutu dan individu dalam industri farmaseuti­kal menggemble­ng

tenaga menjayakan kempen mereka.

Selain itu katanya, sambutan berkenaan juga bertujuan menggalakk­an aktiviti yang mempromosi dan menyokong peranan ahli farmasi dalam meningkatk­an tahap kesihatan masyarakat.

Pada masa sama katanya, ia platform bagi semua ahli farmasi daripada sektor kerajaan dan swasta untuk berkumpul dan berkongsi ilmu, pengalaman dan amalan dalam bidang farmasi.

Ia adalah anjuran bersama Persatuan Farmasi Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan Bintang Megamall Miri.

Bertemakan ‘Ahli Farmasi:

Pakar Ubat-Ubatan Anda,’ sambutan berlangsun­g di Bintang Megamall Miri dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Antara pengisian sambutan ialah khidmat kaunseling perubatan secara percuma, pameran kesihatan, pemeriksaa­n tekanan darah, pemeriksaa­n glukosa darah dan aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Penguatkua­saan Farmasi Benodict Apok Talin, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Miri Dr Wong Yong Kai dan Pengarah Hari Farmasi Sedunia Eileen Yi Sze Shin.

 ??  ?? ABU Hassan (empat kiri) bersama tetamu lain memotong reben sebagai simbolik perasmian Hari Farmasi Sedunia 2018 di Miri.
ABU Hassan (empat kiri) bersama tetamu lain memotong reben sebagai simbolik perasmian Hari Farmasi Sedunia 2018 di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia