Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama antara sekolah, ibu bapa penting demi kecemerlan­gan pelajar

-

SARIKEI: Kerjasama mantap antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar penting ke arah kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m pelajar.

Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony Sarikei Maureen Chua Geck Liang berkata, semua pihak perlu sedar tanggungja­wab mencapai kecemerlan­gan pendidikan adalah tanggungja­wab bersama, bukan diletakkan kepada pihak sekolah sahaja.

“Kita bangga dengan usaha pihak sekolah yang menganjurk­an pelbagai aktiviti seperti kelas tambahan serta lain-lain terutama kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaa­n awam tanpa mengira masa, sama ada masa cuti sekolah ataupun tidak.

“Sehubungan itu, ibu bapa pelajar wajar memberikan sokongan kepada usaha terbabit dengan memastikan anak-anak mereka berada dalam situasi dan persekitar­an yang selesa di rumah terutama ketika membuat ulang kaji,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Sahsiah dan Kepimpinan SMK St Anthony Sarikei di dewan sekolah tersebut yang dihadiri lebih 300 pelajar dan ibu bapa, semalam.

Maureen berkata, penganjura­n majlis seumpama itu merupakan satu langkah yang amat baik untuk memberikan semangat dan galakan kepada pelajar agar bersaing secara sihat demi mencapai kecemerlan­gan dalam bidang pendidikan.

Katanya, PIBG akan sentiasa memberikan bekerjwasa­ma dengan pihak sekolah dalam memastikan pembanguna­n sahsiah dan kepimpinan pelajar.

“Sebagai ibu bapa, kita berharap anak-anak kita yang mendapatka­n pendidikan di setiap sekolah balik dengan kejayaan.

“Oleh yang demikian, kita berharap majlis seumpama ini akan memberi motivasi kepada pelajar agar berusaha meningkatk­an kecemerlan­gan diri untuk masa depan yang lebih cerah,” tegasnya.

Antara anugerah yang disampaika­n ialah Anugerah Pemimpin Muda Pengawas Sekolah dan Pemimpin Muda Cemerlang Pengawas Bilik Darjah kepada lebih 200 pelajar.

Turut hadir Pengetua SMK St Anthony Vincent Loing Shou Chuan serta ahli-ahli Exco PIBG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia