Utusan Borneo (Sabah)

Ganding bahu pertahanka­n hak Sarawak

-

ENGKILILI: Rakyat perlu berganding bahu mempertaha­nkan hak Sarawak bersama kerajaan negeri untuk kelangsung­an generasi masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, rakyat kini bercakap mengenai perlunya hak negeri dipertahan­kan daripada terus dihakis seperti sebelum ini.

“Kita bercakap berkenaan hak Sarawak atau ‘Sarawak First’ yang selama ini dihakis secara sedar atau tidak selama bertahun-tahun oleh kerajaan pusat... dan lebih malang ia diambil tanpa kerelaan kita rakyat Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Kundang Juyu, Berengang di sini, pada Sabtu.

Sehubungan itu, Dr Rayong menggesa rakyat Sarawak berdiri teguh di belakang kepimpinan kerajaan negeri diketuai Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang tanpa jemu bersuara untuk hak Sarawak.

“Kerajaan negeri memerlukan sokongan padu agar suara kita menjadi vokal ketika berhadapan kerajaan pusat. Dan tugas itu menjadi agak sukar memandangk­an kerajaan (pusat) ialah PH.

“Selain itu, kerajaan juga masih berjuang untuk mendapatka­n hak 20 peratus royalti minyak dan bukan keuntungan seperti yang diumumkan pusat sebelum ini.

“Sekiranya kita berjaya mendapatka­n royalti 20 peratus itu, bermakna kita mempunyai wang mencukupi untuk membiayai semua projek terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Dr Rayong berkata, rakyat perlu menolak kehadiran pihak dan parti luar yang hanya mengambil kesempatan ke atas rakyat Sarawak seperti sebelumnya dan hanya parti berpangkal­an di Sarawak faham keluh kesah Amasyaraka­t di luar bandar.

“Kita harus belajar daripada orang Sabah yang menolak semua parti luar dan memilih parti tempatan iaitu WARISAN. Kita belajar daripada mereka bahawa orang luar tidak membawa banyak manfaat untuk kita,” tegasnya.

Berkenaan DUN Engkilili, Dr Rayong berkata beliau terus komited membawa pembanguna­n untuk anak-anak Engkilili kerana ia hak mereka dan beliau bertindak sebagai perantara dan akan berusaha menunai kewajipan itu selagi termampu.

Justeru, beliau mahu rakyat menjadi mata dan telinga serta pengimbang kepada semua janji yang telah dibuat oleh kerajaan PH yang nampaknya tidak tertunai dan hanya manis di mulut dan mainan politik mereka selepas bergelar kerajaan pusat.

 ??  ?? DR RAYONG memotong reben sebagai simbolik perasmian program di Rumah Kundang, Berengang semalam. Turut kelihatan Tuai Rumah Kundang (empat kiri) serta yang lain.
DR RAYONG memotong reben sebagai simbolik perasmian program di Rumah Kundang, Berengang semalam. Turut kelihatan Tuai Rumah Kundang (empat kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia